Tuesday, June 14, 2011

Nasi Manndi

Hari Khamis lepas kami anak beranak pergi KL. Motifnya? Suami nak beli komputer. Kan komputer kami tu dah kena curi so selama seminggu tu suami dan anak2 macam cacing kepanasan. Umi pulak macamamana? Tak rasa resah gelisah ke bila tak ada komputer seminggu tu? Umi masih boleh relax lagi - tak ingat nak online sangat pasal dok sibuk mengemas rumah! So bila suami & anak2 resah aje sepanjang minggu tu Umi ngan coolnya cakap Umi tak kisah pun tak ada komputer! Cakap besar kononnya! He..he...

Suami cakap memanglah minggu tu tak terasa pasal satu dok sibuk ngemas rumah, keduanya pasal anak2 ada kat umah. Bila anak2 dah start sekolah tentu Umi meroyan sorang2 duduk kat umah! So suami pun ajaklah saya & anak2 pergi KL Khamis lepas nak cari komputer. So sebelum pergi tu kena confirm ngan kakak & Abang Lee dulu - samada free tak hari Jumaat tu nak pergi Plaza Low Yatt. Bila kakak kata ok - suami pun terus minta cuti hari Jumaat tu.

Kali ini kami tinggalkan rumah dengan seribu keresahan!! Rasa fobia tak boleh nak hilang. Sebelum bertolak tu saya berdoa tak putus2 supaya kali ni tak ada lagi kejadian yang buruk berlaku! Minta Tuhan lindungi segala-galanya.

Antara usaha terakhir untuk elakkan kejadian berulang ialah kami pasang autogate. Hari Khamis nak pergi KL, hari Rabu tu orang datang pasang. Kalau tak pasang autogate tu tentu tak senang hati nak pergi KL! Kalau nak difikir balik, secara logiknya, kalau perompak tu nak pecah masuk, ngan pagar autogate tu pun depa boleh pecah tapi kiranya mengambil masa sikit la! Mungkin depa kena bersusah payah sikit! Mudah-mudahan mereka akan ubah fikiran! Itulah anggapan kami!

Nak pasang alarm & cctv tak mampu lagi. Dah pergi survey harganya dalam rm5 ribu lebih. Mahalkan? Memang kami tak mampu!!

Lepas sembahyang Jumaat kami pun 4 orang saya, kakak, suami & abang Lee bertolak ke Plaza Low Yatt tu. Jalan jem sangat2! Berapa kali saya tidur, bangun, tidur, bangun tak sampai2 lagi! Area tu memang selalu jem! Hari tu saya dah mula rasa sakit tapi boleh control lagi. Dah mula rasa bengkak & sakit kat leher pagi tu!

Lepas dah selesai urusan beli komputer tu kami pun terus cari2 kedai makan. Mula nak makan kat area situ tapi suami takut nak tinggalkan komputer dalam kereta. Iyalah! Komputer lama pun tak habis rasa sayang lagi nikan pulak komputer baru! So kami plan nak redah aje cari Restaurant Saba kat Cyberjaya.

Lama dah suami dok bersuara nak makan Nasi Manndi - masa datang KL 2-3 minggu lepas ada jugak cari kedai yang ada jual Nasi Manndi tapi tak jumpa! Last2 kami makan kat JM Nasi Beriani aje! Masa tu Ibu & Makteh pun ada sekali. Suami kata dia tak boleh lupa rasa sedap yang amat sangat bila makan Nasi Manndi kat Bangkok masa dia pergi 5-6 tahun lepas. Masa tu dia sorang aje yang pergi, ada urusan kerja selama seminggu - saya & anak2 kena tinggal! So saya pun teringin jugak nak makan Nasi Manndi ni - tak terbayang rasa dia macamana!

Berbalik pada cerita tadi - sebelum ni dah pergi Restaurant Saba tu tapi sekali aje. Pergi pun waktu malam, Saiful & Yan yang bawa time tu. So kami memang tak ingat jalan! Suami & Abang Lee kata tak apa, rasanya diaorang ingat sikit2! Saya & kakak memang tak ingat langsung! So kami pun redah aje lah! Mujur kami tak sesat langsung! Masuk aje Cyberjaya tu terus jumpa restaurant tu tanpa perlu patah balik 2,3 kali! Lain kali boleh la pergi lagi! Teringin nak rasa kebab pulak!

Gambar nasi masing2! Masa ni rasa lapar sangat - sempat ambil gambar nasi aje, gambar tuan2nya tak sempat nak ambil! Satu pinggan tu penuh! Saya makan setengah aje, kakak pun sama. Selebihnya kami bungkus bawa balik! Saya makan Manndi Chicken, kakak makan Chicken Kabsah, suami makan Lamb Kabsah & abang Lee makan Manndi Lamb. Pastu kami ambil dessert Baglawa - kakak teringin sangat pasal dia ada tengok kat TV Aaron Aziz makan! he..he..

Jamu mata tengok nasi2 ni ya! Memang sedap! Makan nasi saja pun sedap! Ibu, Makteh, Uda tentu tak heran nasi2 macam nie pasal dah jemu makan kat Mekah kan?? he..he..






Hari Sabtu tu kami balik Kemaman dah! Cuti sekolah kali ini rasa amat tak seronok!Cuma dapat enjoy 4-5 hari aje masa di kampung, itupun dalam keadaan kurang sihat pasal tolong ibu kemas rumah kat kampung. Bayangkan tinggal rumah 8 bulan macamana keadaannya! Kesian, ibu, teruk kena mengemas rumah! Nasib baik ada adik Najwa! Saya tak bagi ibu kemas teruk2 sangat pasal nanti nak tinggal rumah lagi! Tapi ibu kata kalau tak kemas kang balik raya nanti lagi teruk nak kena kemas!

Nak kena pakat ramai2 - sebelum raya ni nak upah sapa2 kemas rumah! Upahnya share sorang sikit! Sapa setuju?? Raya tahun nie sama keadaan macam tahun lepas. Ibu & mak akan ikut kami semua balik 2-3 hari sebelum raya! Rasanya 26hb ni ibu & mak pergi KL balik!

No comments: