Friday, June 17, 2011

nak kena pindah Melaka ke??


Sebenarnya dah lama kami nak buat renovation rumah. Antaranya nak buat tembok, tambah store kat belakang & nak tutup balkony. Masa mula2 pindah tu memang nak buat tapi tak cukup duit. Lepas setahun tu bila dah ada duit sikit - dah suami mula cakap tak sesuai nak duduk sini. Dia mula dok cakap nak jual rumah ini & pindah Kuantan balik. Dia jugak apply nak minta transfer KL lagi sekali.

Bila dah sebut2 nak pindah - nak buat apa pun tak jadi! Apa yang saya plan semua tak menjadi! So sabar punya sabar kot2 dapat pindah KL - akhirnya 4 tahun tak nampak apa pun! Suami pun tak bersungguh2 nak jual rumah ini padahal dia yang sibuk cakap nak pindah, nak pindah! Saya dah tak kisah kalau tak pindah pasal dah selesa duduk sini. Kawan pun dah ramai! Selesa jugak ngan sekolah anak2! Dah tak payah nak hantar pergi sekolah fardhu ain pasal kat sekolah Al Amin semua dah ajar.

Baru2 ni saya cakap ngan suami - kita nie macamana? Jadi pindah ke tak? Kalau tak jadi saya nak buat tembok & tambah store kat belakang. Suami bila cakap nak buat renovation rumah aje dia mula lah cakap pasal bab pindah! Dia selalu takutkan saya bila cakap pasal jalan yang dia dok pergi kerja tu selalu ada accident! Itu memang saya tahu pasal itulah satu2 nya jalan besar ke Kuantan! Banyak kereta & lori2 besar. Bila dia cakap bab tu aje saya pun terus ubah fikiran nak pindah Kuantan! Bagi saya keselamatan dia lebih penting! Lagi satu suami selalu bagi harapan kosong - selalu cakap boleh dapat tukar ke KL tapi sampai sekarang tak dapat2 pun!! Lain kali tak boleh nak percaya dah!!

Tapi bila bincang2 balik - dia pun setuju tak nak pindah. So kami ambil keputusan nak buat renovation dalam tahun nie. Renovation sikit2 aje. Tapi!!! tapi lagi!!! Minggu lepas suami bagitahu dia kena interview kat Melaka bulan depan - 26hb Julai. Nak kena pindah Melaka ke kalau dapat? Hai!! pening betul bila fikirkan apa nak jadi ngan perancangan masa depan kami nie??

Sebenarnya saya tak kisah pergi mana pun - janji suami kerja ditempat yang dia selesa. Kalau dapat kat Melaka pun saya tak kisah! Kalau dapat kat KL, lagi saya tak kisah!!

Nampak gayanya plan kami tak menjadi lagi! Kena tunggu lah sampai hujung tahun ni. Kalau suami tak dapat mana2, duduk aje lah kat Kemaman nie!! Macam nie lah kerja makan gaji - kena ikut aje arahan orangkan??

p/s:- kalau pindah Melaka pun best jugak! boleh makan asam pedas tiap2 hari!

No comments: