Sunday, June 19, 2011

masakan istimewa

Inilah masakan "istimewa" saya hari ini. Ikan kembung rebus, sayur bayam air, budu & ulam-ulaman. Simple ajekan? Tapi sedap!! Suami & anak2 makan bertambah!


Memang dah lama saya tak masak. Bila ada mood nak masak, nelayan pulak mogok! Tadi pergi pasar tak ada ikan! Yang ada ketam, sotong & udang. Bila nak jadi isteri yang baik, ada pulak halangannya kan? Kakak cakap tadi itulah adalah alasan semata-mata he..he.. - ayam & daging ada - kalau nak masak tu - macam2 boleh buat!

Ikan kembung tu dapat bila pergi cari kat kedai yang ke 4! Jenuh nak cari! Bukannya apa, tiba2 rasa teringin sangat nak makan ikan kembung rebus ngan budu. Lama tak makan! Adik minta buat laksa tapi ikan tak berapa nak elok. Ikan lama!

Tadi bila check2 kat dapur - bawang kecil dah busuk! Mujur bawang besar masih elok lagi. Memang nampak sangat isteri tuan rumah nie malas masak!

p/s:- tak ada sambutan apa2 pun sempena Hari Bapa hari ini - bila tanya kat suami, dia kata semalam dah pergi Kuantan tu kiranya celebrate la tu! he..he..

1 comment:

Anonymous said...

Sedap! Sedap! Sedap!...pemakanan yg sihat tu. Nampak berselera @Pida