Saturday, June 18, 2011

makan steak!

Sejak 2-3 hari ini Awatif selalu merengek nak makan steak! Dia teringin sangat nak makan gara2 tengok drama Korea! Bukan kata dia aje, Umi dia pun tersangkut sama! He..he.. Kalau nak makan steak kat Kemaman nie tak tahu kat mana - so kena lah pergi Kuantan. Walid tak nak pergi Kuantan hari ini, gaji tak dapat lagi! Walid ajak pergi minggu depan, baru rasa enjoy sikit pasal gaji dah masuk!

Tapi Awatif dok merengek2 nak makan hari ini jugak! Umi & adik relax aje. Lepas breakfast roti canai, ingat nak terus aje pergi Kuantan tapi suami cakap nak tidur dulu. Semalam tidur tak berapa nak lena pasal adik tidur buas sangat! Bila balik rumah lepas breakfast - kami semua tidur kecuali Awatif!

Dalam pukul 2 macam tu baru keluar rumah! Mula2 tuju kat sini, Black Canyon - tak berapa sedap sangat steak dia tapi dah teringin sangat tu kiranya bolehlah!!








Lepas tu shopping baju raya suami. Baru2 ni dapat voucher Parkson rm180, so pakai voucher tu ajelah beli baju raya suami. Dah 2-3 tahun tak beli baju raya kat dia - kesian kan? he..he... Bukan tak nak beli tapi dia yang tak nak! Beralah kat isteri & anak2! Ngan voucher tu dapatlah 3 helai tshirt untuk dia - caler pink, hitam & biru. Kali ni caler tema lebih kurang macam tahun lepas jugak! Ada 2 caler lagi yang tak beli pasal nak beli kat KL. Nak beli sepasang ngan Abang Lee!

Memandangkan gaji tak dapat lagi so kami pun tak adalah nak bershopping sakan - sekadar tengok2 aje lah!!

No comments: