Monday, June 13, 2011

kesan tinggalan perompak!

Beginilah keadaan rumah saya "dikerjakan" perompak.







Saya habiskan masa 3 hari untuk mengemas rumah. Sambil mengemas sambil meluahkan "kata2 manis" kepada perompak tu! Tak pasal2 aje!! Dahlah penat kemas rumah kat kampung tak habis lagi. Selsema pun tak baik2 lagi! Geram dan sakit hati betul bila ingatkan balik!

Dari luar rumah dah tahu tuan rumah nie tak ada duit! Tapi perompak tu gagah nak pecah masuk jugak! Wahai perompak!! kami nie bukan orang kaya - duit tak banyak - cukup untuk kami anak beranak aje!! Rasanya lepas dah masuk rumah barulah perompak tahu rupa-rupanya tuan rumah ni tak berduit! Kalau depa tengok buku2 akaun bank & tabung haji mesti depa menyesal pecah masuk rumah nie (rasanya depa tengok kot pasal buku2 akaun bank habis bersepah)!!

Barang besar yang hilang komputer dan adalah 2-3 barang kecil lain yang hilang. Syukur tiada barang2 lain yang saya syaki tu hilang macam video, mesin jahit & besta anak2. Komputer hilang tu saya tak rasa sangat tapi paling sayang gambar2 dalam komputer tu. Banyak gambar2 dari camera, suami savekan dalam komputer tu. Nak buat macamanakan? Benda dah jadi!!

Apa pun saya bersyukur sangat kami anak beranak tetap bersama! Benda yang hilang tu boleh diganti tetapi family?? Tak boleh diganti ngan wang berjuta!!

Sampai sekarang saya rasa fobia - terasa2 ada orang asing masuk dalam rumah! Sejak kejadian tu saya susah nak tidur! Fikir macam2! Entah bila boleh hilangkan perasaan tu tak tahulah!

Selain rumah saya - rumah jiran depan selang sebuah pun kena jugak. Waktu yang sama! Dia hilang kereta kancil & barang kemas anak2. Mereka sekeluarga balik kampung jugak - Kelantan! Masa saya call dia - dia macam blur! Terkejut punya pasal! Nor (jiran sebelah) tak tahu nombor fon dia - so saya lah mula2 yang khabarkan kat dia rumah kami kena pecah masuk! Masa saya bagitahu kereta kancil dia hilang dia macam percaya tak percaya aje! Macam tu lah keadaan saya bila Nor mula2 cal bagitahu rumah kami kena pecah masuk! Kaki tangan rasa ketar! Dada berdebar2! Masa tu nak berjalan pun tak boleh dah!

Mereke sekeluarga balik Kemaman hari tu jugak. Saya pulak balik KL dulu - esok pagi2 tu baru balik Kemaman. Sepanjang 11 tahun berkahwin - inilah kali pertama saya bersungguh2 nak balik rumah sendiri! Selalunya bila nak balik rumah sendiri rasa berat hati aje! Tapi kali ni lain betul - suasana pun lain! Rasa masa panjang sangat! Rasa macam nak terbang aje waktu tu! Sepanjang perjalanan hati berdebar2 aje! Walaupun suami bawa kereta 120 tapi rasa macam perlahan aje kereta berjalan!

Hati tambah berdebar bila jiran2 cal bagitahu polis forensik dah sampai & tunggu kami. Time tu dah keluar tol Jabur - cuti sekolah kereta banyak so ambil masa jugak nak sampai rumah. Dengan lori banyak pulak tu! Memang tak senang duduk saya & suami dalam kereta waktu tu! Saya & suami banyak diam aje sepanjang perjalanan! Masing2 fikir macam2!!

Bila dah sampai - terketar2 nak masuk rumah! Bila Nor buka gril tu & terus buka pintu - nampak bersepah rumah! Bila masuk rumah - rasa sebak sangat sampai meleleh air mata! Memang tak ada sangat barang berharga yang hilang tapi entah kenapa rasa beremosi sangat! Paling teruk bersepah bilik tidur utama & bilik tetamu! Tengok keadaan macam tu terduduk saya! Rasa personal life kita telah diceroboh! Perasaan saya waktu tu tak boleh nak digambarkan ngan kata2! Memang terkejut sangat2!

Lepas tuan rumah dah masuk & pastikan apa yang hilang baru Polis masuk. Kami tak dibenarkan sentuh & usik apa2! Polis dalam 8 orang datang perkenalkan diri masing2. Lepas tu depa masuk rumah buat siasatan & ambil cap jari. Saya ada ambil gambar masa depa buat macam CSI tu tapi depa kata tak boleh nak masukkan dalam blog. Dalam pada dok serabut tu sempat jugak nak ambil gambar! he..he..

Lepas kejadian tu ada jugak kawan2 yang datang rumah bagi semangat. Terima kasih pada yang cal & sms tanya khabar!

p/s:- lepas kejadian nie baru tahu yang mana satu kawan, yang mana lawan! ada tu sampai langsung tak bertanya khabar - nak kata tak tahu takkan tak baca blog nie!! entahlah - tak berminat nak ambil tahu kot!!

1 comment:

Kaz said...

Dasyat sungguh! Mmg perompak ni tak berhati perut, sbb tu boleh buat kerja bodoh dan tak berperikemanusiaan tu. Allah tu adil, kita menyusahkan org hari ni, esok lusa mesti berbalik semula pd kita.
Apapun, smg Fizin sekeluarga tabah dgn dugaan ini. Syukurlah tiada apa yg berlaku pd Fizin sekeluarga (kena buat sujud syukur byk2 ni). Ina faham trauma dan phobia yg dirasai mungkin berpanjangan ttp sekurang2nya kita akan lebih berjaga2. Ina pun risaukan rumah ina sbb jiran kat sebelah tak tinggal lg kat rumah tu. Dahlah tu rumah yg ada balcony ni pun bahaya juga sbb org boleh panjat dan masuk ikut pintu bilik. Mmg kena berdoa dan bertawakkal kat Allah byk2.