Friday, June 17, 2011

cerita tentang Aisy!

Nak cerita tentang budak ini :-

Dia cakap masih pelat tapi dia bila bercakap mesti ada loghat Terengganu yang pekat! Ada tu sampai saya tak faham langsung! Mujur jugak si Awatif tu tahu! Awatif ada jugak terlepas cakap loghat Terengganu nie tapi tak la sepekat adik! Awatif malu kalau cakap loghat Terengganu!

Kalau dengar adik cakap loghat Terengganu rasa kelakar sangat ha..ha.. Memang pekat! Siap ada "ng" kat belakang ayat macam makang, ikang, lapang (lapan), sembilang (sembilan) & macam2 lagi. Loghat Terengganu nie ada "berirama" sikit - adik pun ada terikut2 jugak cakap berirama macam tu! Memang suka dengar bila dia cakap!

Semua kawan2 sekolah anak2 orang Terengganu betul! Agaknya pasal tu yang adik terikut-ikut cakap loghat Terengganu. Saya & suami memang tak nak ajar anak2 cakap loghat Penang pasal takut nanti kat sekolah bila depa cakap, kawan2 tak faham. Tapi bila suami & saya cakap - kami memang cakap loghat Penang. Mujur anak2 tak terikut-ikut cuma kadang2 aje adik tu usik suami "Walid, adik nak ayaq" he..he..

Sekarang ni adik suka sangat sebut "sayang hoi"! Bila cakap ngan Umi aje "Umi, adik nak nasi, sayang hoi!!" - ngan Walid "Walid, adik nak main basikal, sayang hoi" he..he.. Ntah mana dia dapat ayat sayang hoi tu tak tahulah!

Pagi tadi pergi sekolah, Hari Penyerahan Prestasi Murid. Sebelum cuti sekolah haritu kan ada exam - nak bagitahu result exam tu & boleh jugak tanya cikgu tu perkembangan anak2 masa dalam kelas. Dan boleh tanya macamana anak2 kita dalam kelas. Banyak main ke, banyak bagi tumpuan ke bila cikgu ngajar. Dengan Awatif saya tak risau sangat, ngan adik nie memang susah hati sikit. Dah boleh agak result dia macamana he..he.. Tiap2 hari dia bagitahu dia dapat semua A! Yang nie memang Umi kurang percaya! Bila lepas exam tanya dia macamana, sentiasa dimulut dia "senang aje Umi, adik boleh buat semua"!!

Keputusannya - dalam kelas dia dapat no. 22 dari 28 orang. BI B, BM B, Matematik C, Sains, B, Sains Sosial D, Akhlak C, Aqidah C, Bahasa Arab C, Feqah A, Sirah B & Jawi C. Berbeza dari apa yang dia bagitahu "semua adik dapat A" he..he.. Tak apalah, kira ni ok lah bagi kemampuan dia sekarang! Mualimah kelas dia bagitahu dia memang pendiam, tapi banyak main jugak! Ada perkembangan sikit kalau nak dibandingkan ngan masa mula2 buka sekolah. Sekarang ni dia dah mula bercakap bila Mualimah tanya. Nampak berani sikit lah! Mualimah cakap kalau boleh suruh dia minum madu bagi badan tu sihat sikit! Semua Mualimah tahu dia ni suka sakit! Iyalah - asyik ponteng sekolah aje macamana Mualimah2 tak tahu! Kejap2 demam, kejap2 lelah!

Keputusan si Awatif pulak - HA! ni memang nak kena denda tak boleh nak tengok drama Korea dah! Subject Aqidah aje dapat A, yang lain tu semua B kecuali Matematik & Arab dia dapat C! Bahasa Melayu Penulisan dia dapat D! Memang teruk jugak kena berleter ngan Umi tadi! Kang Walid balik satgi tentu kena lagi! Dalam kelas dia dapat no. 3 dari 28 orang. Terkejut jugak dia dapat no. 3 - keputusan teruk sangat kalau nak dibandingkan ngan yang lepas2 tu! Mesti kang Umi pun kena tempias jugak bila Walid marah nanti!! Asyik tengok tv drama Korea aje - mesti tu dialog Walid nanti!! he..he..

P/s:- terima kasih pada Bidadarindu yang buat n3 pasal Korea Got Talent tu - memang sedih!!

No comments: