Monday, June 27, 2011

cerita pasal baju raya..

Komputer rosak hari Sabtu lepas - rasanya pasal kena kilat kot! Hari Sabtu tu pergi Kuantan, hujan lebat! Suami lupa nak cabut plug. Bila sampai rumah nak on komputer tak boleh. Semalam dah hantar kat kedai untuk repair tapi pagi ni bila nak upload gambar tak boleh pulak! So hari ini tak boleh lah nak menayang hp baru saya he..he... Buat Uda, nanti bila komputer dah ok baru sayang tayangkan hp baru ya!! he..he..

Pasal tak boleh nak upload gambar, kita cerita pasal baju raya la! Masa pergi KL cuti sekolah haritu, sempat beli baju raya untuk Awatif & Balqish aje. Bukan baju yang dah siap tapi beli kain cotton pastu hantar kat tailor yang selalu jahit baju kurung raya kami sekeluarga tiap2 tahun. Memang tailor tetap la! Bukan kata saya, ibu & kakak aje tapi tailor untuk Makteh, Nyah & Maksu sekeluarga jugak!

Raya tahun ini untuk Awatif & Balqish, nak dikatakan semua baju depa buat maxi moden. Disebabkan perbezaan saiz badan, baju yang ready made ni dah tak relevan untuk depa! Pasal depa nak sama so kenalah beli kain pastu tempah! Gaun2 nie depa tak mau dah! Berapa pasang ya sorang? Hijau, pink, biru, merah, hitam & kelabu - 6 pasang. Beli kain cotton yang murah2 aje! Rasanya nanti upah jahit lebih mahal dari kain he..he.. Nak tunggu Umi pandai jahit, lambat lagi lah!! he..he.. Kalau Umi dah pandai jahit kan senang! Jimat duit upah!!

Sepatutnya plan asal nak shopping baju raya untuk Aisy & Robin lepas saya balik kampung. Tapi bila dah jadi kes orang pecah masuk tu - apa yang dirancang semuanya tak menjadi! So rasanya tahun ni paling lambat kami beli baju raya! Nak elak shopping masa bulan puasa tapi tahun ni kena jugak! Letih kalau shopping bulan puasa nie!! Dengan penat lagi pastu bersesak ngan orang ramai lagi! Kali ni kena shopping sekaligus! Untuk suami & anak2 pastu ngan diri sendiri lagi! Banyak masa, tenaga & duit kena guna! Kena nekad betul2 supaya tak over budget!

Hari Sabtu lepas masa jalan2 kat MegaMall tu jumpa satu tshirt untuk Aisy & Robin. Tshirt Transformers warna kelabu - warna ni susah sikit nak cari! Kebetulan dah jumpa terus rembat! Ada satu Tshirt Transformers warna hitam tu saya berkenan sangat tapi harga agak mahal! Rm63! Cal kakak tanya nak beli tak? Kakak kata nanti cari kat KL la! Budget tahun ni untuk baju raya depa rm40 ke bawah aje! He..he.. Tak ada dah nak mewah macam tahun2 lepas! Tahun ni duit banyak nak pakai untuk renovate rumah! So raya tahun nie kita bersederhana sahaja!

Plannya, dalam 2 minggu puasa tu kami akan ke KL. Agak2nya 2 hari cukup tak masa untuk shopping semua baju raya? Cukup la kot kan! Dah tak ada masa nak pergi KL dalam sebulan ni pasal kalau tak ada apa2 hal, renovate rumah akan mula esok! Kalau dah start renovate tu susah la sikit nak tinggal rumah!

p/s:- rasa macam mimpi aje ........ selagi tak ada depan mata, selagi tu tak boleh nak happy sangat!!

No comments: