Thursday, May 19, 2011

selamat pun!!


Lupa nak bagitahu kat sini rombongan Ibu telah selamat sampai pada 11hb yang lepas. Hati meronta2 nak pergi KL jumpa ibu & mak tetapi suami kerja pada minggu tu. Hari Sabtu (14/5) sepatutnya dia kerja tetapi dipaksa ponteng pasal nak jaga anak2 kerana Umi nak pergi Hi-tea he..he..


Ibu & mak kurang sihat 2-3 hari sebelum nak balik ke sini. Demam & selsema. Tetapi Alhamdulilah, sekarang keadaan mereka dah ok. Apa yang ibu belikan untuk saya ya?? he..he... Untuk saya ibu belikan jubah 4 helai, Awatif - 2 helai & untuk suami & adik sehelai. Ibu juga beli bermacam jenis kurma & kacang. Yang bahagian saya kena simpan & sorokkan pasal takut nanti habis "dikerjakan" kakak anak beranak he....he....!!! Jumaat depan baru saya nak pergi KL.


p/s:- ibu & kakak sekarang tengah sibuk sini sana cari barang untuk rumah baru kakak - proses renovation rumah kakak mungkin siap sepenuhnya dalam sebulan dua nie!! Kakak sekarang tengah pening kepala mikir macam2 - saya faham macamana rasanya - teringat masa mula2 beli rumah nie & nak pindah - tidur, makan, mandi asyik teringat rumah aje! Fikir duit lagi!! Memang memeningkan kepala!!! Semalam kakak bagitahu hal lampu & kipas, langsir, dapur, oven dah selesai! Beli lampu pun dah ribu2 - memang pun!! Pening saya dah lepas - sekarang biar kakak pening pulak he..he...




No comments: