Friday, May 27, 2011

resepi

Selamat mencuba ya buat Ina & Kak Swiss.

Resepi Kek Lapis Mentega Kacang

Bahan-bahan :-

Bahan A

300gm mentega

1/2 sudu teh serbuk penaik

150gm mentega kacang

100gm susu pekat manis

1 sudu teh esen vanila

Bahan B

200gm gula castor

150gm tepung Hong Kong

30gm air sejuk

15biji kuning telur

6 biji putih telur

1 sudu makan ovalette

Pewarna hijau & coklat

Cara-caranya :-

1) Satukan semua bahan A dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang dan putih. Tuangkan ke dalam mangkuk yang besar.

2) Bahan B - dalam mangkuk lain, satukan kuning telur, putih telur, gula castor dan ovalette. Pukul selama 10 minit dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan gebu. Masukkan air sejuk, tepung Hong Kong dan pukul lagi hingga adunan pekat.

3) Tuangkan adunan mentega ke dalam adunan tepung tadi. Gaul perlahan-lahan hingga bercampur rata.4)Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian dibubuh pewarna hijau.

5) Bahagian kedua dicampurkan pewarna coklat.

6)Tuangkan satu senduk adunan warna coklat ke dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.

7) Setelah masak, ratakan satu senduk adunan hijau. Bakar dengan api atas sahaja hingga masak.

8)Untuk lapisan ketiga, ulangi lapisan warna coklat. Begitulah proses seterusnya hingga lapisan terakhir dibakar.

9) Tutup permukaan tin dengan kertas aluminium. Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.

Tip - Jika adunan menggunakan ovalette, ia hendaklah dipukul bersama telur & gula kastor hingga pekat. Jika tidak, kek yang dimasak akan menjadi padat & berminyak. Ia tidak gebu seperti sepatutnya.


Kek Lapis Keju Koko

Bahan-bahan :-

Bahan A

200gm mentega

150gm krim keju

130gm gula kastor

5 sudu makan susu pekat manis

14 biji kuning telur

Bahan B

130gm gula kastor

7 biji putih telur

1/4 sudu teh serbuk penaik

Bahan C

180gm tepung Hong Kong

1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D

3 sudu makan air suam*

4@5 sudu makan serbuk koko* *disatukan

1 sudu teh emulco coklat

sedikit pewarna coklat

(Bahan sapuan : 3 sudu makan marjerin & 2 sudu makan susu pekat manis)

Cara-caranya :-

1)Bahan A, satukan krim keju, mentega, gula castor dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan. Pukul hingga adunan kembang dan berkrim.

2)Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini kedalam mangkuk yang besar.

3)Bahan B, di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan serbuk krim tartar. Pukul lagi hingga adunan pekat dan gebu.

4)Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul hingga sebati.

5)Kemudian masukkan pula adunan putih telur. Gaul perlahan-lahan hingga adunan bercampur rata.

6)Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian dibiarkan warna asal. Satu bahagian lagi dibubuh pewarna coklat, pes koko dan emulco coklat.

7)Ambil setengah awan warna asal dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah. Sapukan dengan bahan sapuan. Ulangi cara yang sama untuk dua lapisan. Tapi dibakar dengan api atas sahaja.

8)Untuk lapisan ketiga, ambil setengah cawan adunan coklat dan ratakan dalam tin pembakar. Buat untuk dua lapisan warna coklat. Ulangi cara yang sama sehingga semua adunan ahbis dibakar.

9)Tutup permukaan tin dengan kertas aluminium. Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan.

Tip - tujuan kek dibakar semuak adalah untuk memastikan semua bahagian masak dengan sempurna.

Petua membuat kek lapis

* Untuk kek lapis bakar, gunakan ketuhar yang mempunyai fungsi gril iaitu api atas. Ini kerana dimasak selapis demi selapis. Panaskan ketuhar elektrik (api atas & bawah) 15 minit sebelum digunakan dan setkan suhunya 150-160 (suhu bergantung kepada jenis ketuhar yang digunakan)

*Lapisan kek yang telah dimasak hendaklah dipadatkan dengan buntut gelas atau alat penekan untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap. Gelembung udara menyebabkan lapisan tidak sekata.

No comments: