Wednesday, May 4, 2011

patutlah dulu-dulu......

Semalam Awatif nangis hampir sejam. Bangun pagi tadi mata bengkak. Puncanya - Program Mukhayyam Khariji 2011 yang akan diadakan pada 10 hingga 12 Mei di Peladang Setiu Agrotourism & Resort Sdn Bhd. Iyalah kenapa pulak dia nangis?? Sebab Umi tak BAGI dia pergi. Borang kebenaran & surat dari minggu lepas dia dapat tapi dia tak nak tunjuk kat Umi - dia tunjuk kat Walid aje. Baru semalam dia bagi Umi baca pasal hari ini nak kena hantar dah. Dia memang dah tahu dari awal Umi tak akan bagi tapi dia buat strategi konon-kononnya nak pujuk Walid dulu! Dia tak tahu yang Walid akan ikut keputusan Umi kalau pasal bab2 nie!


Bukan sengaja tak bagi dia pergi - sebelum nie pun kalau ada program kat sekolah - Umi bagi walaupun berat hati tapi kali ni dah lah buat kat Setiu tu - ngan naik bas lagi - dah tu ada program yang buatkan Umi betul2 risau iaitu river crossing, flying fox, jungle trekking & aktiviti2 lasak yang lain. Eh... tak senang duduk la Umi kat rumah kalau Awatif ikut program tu!!


Lagipun Awatif tu bukannya sihat macam budak lain - tak boleh nak lasak sangat nanti kena lelah pastu kalau panas sikit dah berdarah hidung! Jenuh jugak nak memujuk dia semalam! Janji macam2 ngan dia barulah dia ok - baru stop nangis & terus tidur.


Sempat cal kakak semalam tanya pendapat kakak. Kakak pun tak bagi Awatif pergi. Kakak kata sekarang ni cuaca tak menentu. Dalam panas2 terik tu boleh hujan pastu panas balik. Sambil cerita tu kami kenanglah zaman dulu2 - dialog kami semalam "patutlah dulu2 ibu tak bagi kita pergi mana2 rombongan - dulu kita tak faham, asyik nak mengamuk aje pasal ibu tak bagi - tapi sekarang bila dah jadi ibu baru lah faham perasaan ibu dulu - baru tahu kenapa ibu tak bagi". Tiba2 rasa sedih pulak bila teringat cerita lama!! Janganlah anak2 ikut perangai buruk Umi!!

No comments: