Tuesday, May 10, 2011

panas

Panas betul kan sekarang? Ahad lepas, Awatif tak pergi sekolah - dah siap mandi semua tiba2 hidung dia berdarah - malam sebelum tu 2 kali hidung berdarah, banyak pulak tu! Dia cakap dia pening kepala so saya tak bagi dia pergi sekolah. Adik pulak semalam & hari ini tak pergi sekolah. Demam! Rasanya anak2 tak sihat gara2 hari Sabtu lepas pergi Kuantan. Memang cuaca panas terik sangat hari Sabtu tu! Panasnya lain macam aje - Umi pun pening kepala jugak tetapi mujur tak berlanjutan sampai berhari2! Kalau tak lagi susahkan?


Sejak seminggu nie kami anak beranak tidur dalam kepanasan. Ada aircond tetapi macam tak ada! Tak rasa sejuk langsung. So semalam suami dah tak tahan - terpaksa jugak beli aircond baru! Aircond yang lama tu hantar kedai untuk repair & service. Dah siap nanti mungkin aircond lama tu nak letak dalam bilik adik atau tetamu. Mungkin ambil masa pasal sekarang nie orang kedai tu tengah sibuk! Dalam sehari 4-5 rumah nak kena pasang aircond - musim panas nie boleh buat tokey tu kaya! Mesti senyum sokmo duit asyik masuk aje!!


p/s:- esok rombongan ibu dah balik - tolong doakan semoga mereka sampai dengan selamatnya!! Amin..


p/s:- mula2 terasa nak pergi KL hari ini ngan anak2 naik bas tetapi anak2 tak sihat, terpaksa lah cancel! Jumpa ibu hujung bulan ini ajelah!!

No comments: