Sunday, May 22, 2011

membaking

Esok saya akan mula membaking! Kek2 tu nak dijadikan buah tangan bila balik kampung umah mak mertua nanti. Saya kan menantu mithali he..he.. Iyalah tu! Menantu hantu adalah!

Antara bahan2 yang dibeli tadi:-



Mahal betul barang2 sekarang nie - semua bahan2 tadi dalam rm150! Tepung HongKong tu sekilo rm11! Mahalkan? Tepung HongKong tu untuk buat kek lapis! Saya tak plan lagi berapa biji nak buat - ikut anak2 aje kot! Yang pasti adik dari awal dah siap pesan nak Kek Lapis Milo. Awatif pulak nak Kek Lapis Coklat. Saya dah tahu perangai anak2 nie. Kalau depa kata nak sangat makan sesuatu tu - bila dah Umi buat susah payah, depa akan makan sikit sangat2!! Kadang2 kalau depa sebut nak makan apa2 - rasa malas nak buat! Rasanya beli lagi berbaloi kot!

p/s:- malasnya nak packing baju!!! Tapi tak sabar nak balik kampung.... Uda & Farah get ready bawa Kak Sayang jalan2 cari makan kat Penang. Nak kena tanya Kazrina kat mana laksa yang dia kata sedap sangat tu!! em....mm.. tak sabarnya!!!

1 comment:

Kaz said...

Fizin, bestnya nak balik kpg, sayang sekejap sgt, tak dan kita nak jumpa.
Kalau laksa penang yg sedap ada kat sg pinang dan rope walk. kalau fizin nak pi sms kat ina, nanti ina habaq. Tp tak taulah sedap atau tidak bg fizin, mungkin taste kita tak sama.