Thursday, May 5, 2011

luka kepala

Semalam berlaku kejadian yang tidak diingini. Sampai sekarang ianya menjadi misteri kerana cerita dari tuan punya badan pelbagai versi. Tak tahu yang mana betulnya!!

Cerita dari Umi - semalam adik tution. Sebelum ambil dia balik dari tution Umi ngan Walid pergi Tunas Manja kejap untuk beli barang sikit. Lepas dah selesai terus ambil dia. Masa sampai tu tengok dia dok berlari2 ngan kawan2 so tak nampak lagi apa2 yang pelik. Bila masuk dalam kereta pun dia tak cakap apa2 - tapi dah lepas 5 ke 6 minit dengar dia cakap "adik rasa kepala adik darah" bila buka lampu kereta tengok2, kepala dia penuh ngan darah - darah meleleh sampai ke bawah telinga. Baju dia pun ada darah jugak!


Tengok darah banyak macam tu Umi dah mula panik. Tanya dia kenapa? kenapa? Adik jatuh ke? Dalam fikiran Umi ingat tangga aje - takut kalau dia jatuh tangga. Dia diam aje. Suami terus pecut kereta pergi klinik. Mula2 pergi Poliklinik Ibnu Sina - waktu tu baru pukul 9.30 malam. Boleh pulak Doktor tak mahu ambil pesakit dah pasal klinik nak tutup. Saya merayu cakap nie kepala anak berdarah nie, tak boleh ke nak tengok kejap. Kita dah la panik - nak berjalan pun dah rasa mengigil, tangan saya pun penuh darah pasal pegang kepala dia tadi. Sampai ke sudah Doktor tu tak mahu tengok adik - dia suruh pergi Hospital.


Bila ingat pasal klinik & Doktor tu sampai sekarang rasa geram & marah. Kalaulah ada kecemasan apa2 macamana? Kalaulah teruk, nak pergi Hospital tu bukannya dekat jadi apa2 macamana? Eh.... geram betul bila ingat balik!!


Suami pun naik marah jugak tapi dia cool aje - terus dia bawa pergi klinik lain yang jauhnya dalam 10 -15 minit perjalanan. Alhamdulilah, mujur luka tak teruk. Cuma sedikit aje. Doktor kata kalau luka kat kepala memang akan berdarah banyak. Kat tempat luka tu ada bengkak sikit. Luka tu betul2 ngan luka jatuh basikal kat KL tu.


Bila dah selesai semua, tanya dia baik2. Macamana kepala adik boleh luka. Dia kata nanti Umi marah. Bila janji tak marah - baru dia cerita. Dia main bola sepak ngan kawan menggunakan botol. Botol apa tak tahu. Kawan dia baling botol tu kat dia - dia tak sempat tangkap pastu terus kena kepala. Mula2 dia kata kejadian tu terjadi masa dalam kelas, pastu bertukar cerita masa tunggu Umi & Walid. Sampai sekarang tak tahu yang mana betulnya!


Puas tanya botol kaca ke - dia kata tak. Botol apa yang boleh lukakan kepala kalau bukan kaca? Tanya dia botol tu pecah tak? Dia kata tak? Umi jadi heran jugak dan tertanya2 apa cerita yang benar di sebalik semua ini??





p/s:- Umi boleh kena serangan jantung kalau jadi lagi sekali! Semalam bagitahu anak2 - itu yang Umi tak kasi pergi mana2 tu - rasa macam tak nak dah hantar dia tution. Macam nak bagi dia berhenti aje! Awatif cakap " Umi nak bagi adik & Awatif duduk bawah ketiak Umi aje ke? he..he.. Boleh pulak dia cakap macam tu - rasanya itu ayat2 dendam pasal Umi tak bagi dia pergi program sekolah tu!

3 comments:

bidadarindu said...

jangan biarkan diri anda diselubungi MIsteri......

Kaz said...

Ina faham sgt Fizin perasaan Fizin tu, ina pun kalau npk darah kat anak2 terus jadi panik, kalau boleh terus nak bawa ke unit kecemasan di hospital. Nasib baik Rizal lebih cool, Rizal kata kalau ikut ina, nyamuk gigit anak pun, ina nak bawa pi hospital!

Lawak betul apa yg Awatif cakap tu. Inilah anak2 zaman sekrg, kalau dulu kita jawab mcm tu, alamatnya biru dan lebam kena cubit dgn mak kita. Anak2 ina pun mcm tu lah Fizin, kdg2 nak tergelak jugak walaupun geram.

Hafidzin said...

Bidadarindu - misteri susah nak dirungkaikan pasal cerita tuan punya badan pelbagai versi!

Ina - betul tu Ina, kita nie apa2 nak terus g hospital@klinik aje - panik betul fizin malam tu! kalau ingat balik rasa seriau aje!
he..he.. memang betul la Ina, anak2 sekarang kalau bercakap mengalahkan kita nie!! kadang2 nak marah pun tak jadi!