Wednesday, May 25, 2011

Kek Lapis Mentega Kacang

Projek hari ini :-


Mula melapis dalam pukul 4 @ 5 petang - pukul 8 baru selesai! Habis lenguh kaki nie! Mula tu ingat nak buat satu lagi kek tapi dah tak larat! Esoklah pula sambung! Dalam hati ni banyak lagi jenis kek lapis nak buat tetapi entah jadi ke tidak tak tahulah! Bahan2 semua dah ada cuma larat ngan tak larat aje! Bukan apa, banyak kerja tak selesai lagi - baju tak packing lagi pastu esok nak kena keluar pergi Bandar pulak! Makteh kirim kain sembahyang. Malas betul nak keluar pergi bandar tu - jauh! Tapi tak sampai hati pulak nak menolak permintaan orang nie! Atiqah pulak kirim keropok, nasib baik kedai keropok dekat aje!

Sejak seminggu dua nie saya amat rajin memasak. Dalam pada buat kek lapis nie tadi sempat lagi buat gulai daging. Kenapa saya rajin sangat?? Pertama, dah tak lalu tekak nie nak makan nasi goreng tiap2 hari & yang keduanya, suami dah bagi "ayat2 cinta" suruh masak he..he.. Sementara ada mood rajin masak nie baiklah gunakan sebaik mungkin pasal kalau dah bertukar ngan mood malas nie apa benda pun tak jadi!! Suami gunalah ayat apa2 pun - sure tak jalan!! he..he..

Esok ingat nak buat kek lapis lagi 2 jenis, pastu stop. Teringin nak buat Apam Dot Dot - nak try buat esok la!!

No comments: