Saturday, May 14, 2011

hi-tea

Dah selesai pun hi-tea sempena Sambutan Hari Ibu anjuran kawan2 facebook. Enjoy sangat walaupun 2-3 orang saja yang saya kenal. Semuanya dalam 35 orang. Saya agak kekok kerana saya nie jenis pendiam! Kawan2 baru yang lain ramah2 belaka. Kebetulan saya ngan Kak Imah terpisah jauh so saya lagilah segan duduk ngan orang yang saya tak kenal langsung! Sebelah saya tu orang Jerteh (jauh datang), Doktor lagilah tak tahu nak cakap apa he..he.. Tapi mujur dia tak sombong langsung!

Bila nak perkenalkan diri masing2 ada pulak syaratnya iaitu kena berpantun. Pantun tu semalam dah gigih reka ngan Awatif he..he.. Kelakar pulak bila ingat macamana saya berpantun tadi! Terketar2 - maklumlah dah lama tak pergi majlis2 yang macam gini! Biasanya ngan suami ngan anak2 aje! Nak tahu macamana pantun saya. He..he.. jangan gelak ya :-

Saya berasal dari Pulau Pinang

Merantau ke sini mengikut suami

Namaku Hafidzin - harap selalu dikenang

Ibu kepada seorang Putra, seorang Putri.

Asal tema majlis merah hitam tapi dalam seminggu tu ditukar hitam so saya pakai lah baju hitam tadi. Tapi bila sampai tadi ramai pulak yang pakai baju merah/hitam - hampir 90%! Kalau tahu tadi saya pun pakai baju merah/hitam jugak!










p/s:- heran betul - dalam realiti saya tak lah segemuk itu he..he.. tapi betul!! bila dalam gambar nampak macam gemuk benar!!

2 comments:

WANI said...

kak sayang knp x make-up?

Hafidzin said...

ada make-up tapi dah hilang he..he.. kaksyng x sihat sangat so rasa malas nak hias lebih2!!