Tuesday, May 3, 2011

cerita pasal baju & hi-tea

Dah masuk bulan 5 pun!! Rasa kejap aje kan? Yang berlegar2 dalam fikiran saya sekarang :-

1) Nak kena beli dah baju raya - tahun ni baju Awatif & Balqish kena tempah, susah nak beli yang dah siap pasal saiz dah tak sama. Cadangnya nak beli kain cotton pastu tempah buat blaus atau fesyen apa2 yang sesuai ngan umur depa tu!

2) Bila nak start puasa ganti - he..he.. bab baju raya yang ingat dulu ya? Bertuah betul!!

3) Dah nak dekat hujung tahun nie pening kepala bila fikir pasal rumah - bab ni kena buat n3 lain pasal panjang lebar nak kena explain!


Oleh sebab kena selsema yang teruk selama 2 minggu - sampai sekarang deria bau saya tak berfungsi! Hidung tersumbat sampai tak boleh nak bau apa2! Telinga pun masih rasa berdengung! Hari ini tahap kesihatan dalam 70%. Selsema masih ada - bila nak baik pun tak tahu lah!!


Walaupun kurang sihat hari ini tetapi saya tetap keluar jugak! Aktivitinya nak cari baju untuk pakai Hi-tea sempena Hari Ibu anjuran kawan2 baru di facebook pada 14 hb nie. Amboi! panjangnya ayat! he..he.. Saya pergi ngan Kak Imah. Mula-mula temanya merah hitam so last week masa pergi Kuantan saya pun beli la blaus merah - sekarang nie tiba2 dah bertukar hitam pulak pasal ramai yang tak nak pakai baju merah! Saya ada blaus hitam yang lama tetapi semuanya dah mengecil (tak mahu kata badan yang membesar he..he..). So pencarian baju untuk pergi Hi-tea tu masih belum berakhir! Tadi pergi tengok2 tak ada satu pun yang berkenan!


Esok dah janji ngan Norly nak pergi Kerteh - so boleh la pergi cari baju lagi! Bab shopping nie memang suka sangat2 - boleh hilang stress kejap!

No comments: