Sunday, May 22, 2011

burger king & bonus

Jumaat lepas ada orang dari Burger King cawangan Kerteh datang ke rumah buat promosi buy 1 free 1. Ada voucher bernilai rm170 akan dibagi pada yang menjadi ahli pada hari tu tapi sebelum tu kena bayar dulu rm25. Fikir punya fikir saya pun on aje pasal memang selalu pergi beli burger king pun, setiap kali pergi memang akan habis rm20-rm30.

Jadi pada hari Sabtu keesokkan harinya kami pun pergilah ke Kerteh semata2 nak lunch kat burger king. Mulanya suami tak nak pergi Kerteh, dia lebih prefer pergi Kuantan. Tapi anak2 memprotes kuat! Depa tu bukan nak makan burger sangat tapi lebih tertarik kat ais krim yang dapat free tu!

Hari tu ramai bebenar orang sampai nak parking pun susah. Suami dah cakap awal2 kat rumah memang akan penuh orang kat Mesra Mall tu PASAL?? He..he... Orang Kerteh nie majoritinya kerja Petronas. Pada hari itu orang Petronas dapat bonus 4 bulan! Tapi itu tak termasuk suami saya! Untuk yang non-ex saja. Kalaulah suami saya dapat bonus macam tu saya tak pandang dah Kerteh atau Mesra Mall, akan terus ke KL aje. he..he..

Mari kita layan gambar yang sempat saya ambil pada hari tu :-





No comments: