Friday, May 20, 2011

bangga ngan adik!

Semalam lepas balik sekolah adik bagi ni :-



Dengan keadaan dia sekarang, memang saya & suami agak terkejut! Kurang percaya pun ada jugak! Bukan nak menidakkan kemampuan dia tetapi selama 5-6 bulan ini kami dah usaha pelbagai cara untuk merangsangkan minat dia untuk belajar tetapi semuanya tidak menunjukkan hasil.

Buat adik - Umi & Walid amat berbangga dengan adik - walaupun adik tak boleh lagi nak membaca tapi Umi & Walid tahu adik boleh berjaya suatu hari nanti! Umi & Walid akan tunggu saat & ketika itu tanpa berputus asa!!


p/s:- buat ibu bapa lain mungkin ini tak seberapa tapi bagi saya & suami amat terasa! Dengan keadaan dia sekarang memang ini agak mengejutkan!! Minggu depan exam akan bermula - harap anak2 dapat keputusan yang baik!!

2 comments:

Kaz said...

Tahniah Aisy. InsyaAllah Fizin, sebagai ibu, kita kena teruskan berdoa dan berusaha utk kejayaan anak2 kita. Biarlah kita kena berkorban apapun, yg penting kita kena berusaha sedaya upaya utk mereka. Aisy kecil lagi, mungkin dia tak nak tunjuk 'taring' dia sepenuhnya lagi tu.

Hafidzin said...

Terima kasih Ina! InsyaAllah!!