Wednesday, April 27, 2011

Umrah

Rombongan Ibu sekarang dalam perjalanan menuju ke Madinah. Penerbangan pukul 3 petang tadi. Riuh rendah betul suasana di airport tadi. Walaupun saya tak ada (sedihnya) tapi saya tetap merasai bahangnya!! Masa cal ibu tadi boleh dengar riuhnya suara saudara mara. Yang ikut Umrah kali ini ialah Mak, Makteh, Pakteh, Nyah, Lang, Uda & Wani. Ini merupakan umrah kali pertama buat Lang, Pakteh & Wani. Jadi suasananya agak lain. Semua anak2 Lang ambil cuti untuk hantar Lang pergi airport tadi. Kakak cerita Lang & anak2 rasa sedih!! Memang la - teringat masa Ibu pertama kali pergi umrah - masa tu saya baru seminggu bersalinkan adik! Memang sedih sangat - dah la tak dapat hantar pergi airport, dalam pantang pulak tu! Tambah lagi time tu waktu puasa & raya - lagi la teringatkan Ibu - tiap2 hari nangis rindukan ibu - nak hilangkan rindu asyik peluk handbag ibu aje tapi kena nangis sorok2 takut nanti emak risau! Waktu tu emak yang jaga saya dalam pantang!


Kali ke 2 ibu pergi umrah tahun lepas bulan 3. Time tu dapat hantar ibu pergi airport. Rasa sedih jugak tetapi boleh la lagi pasal itu kali ke 2 ibu pergi. Lagipun time tu ramai yang ikut. Kali ke 3 ibu pergi ni dah rasa ok sikit - macamana pun tetap rasa risau jugak. Mudahan ibu, emak & yang lain2nya selamat sampai & selamat balik. Amin!!!!


Tahun lepas mak tak dapat pergi pasal kurang sihat. Ingat lagi masa tu mak tiap2 hari akan tanya saya Uda dah sms ke belum? Selalunya Uda akan sms saya ceritakan apa yang mereka buat & pergi mana2. Uda jarang sms Kakak pasal selalunya tak berbalas he..he.. So Uda akan sms saya tiap2 hari untuk bagitahu perkembangan mereka kat sana. Lepas tu saya akan balas sms uda dengan beritahu kesihatan mak & sebagainya.


Anak2 dok sibuk tanya bila nak pergi umrah - InsyaAllah - bagi Walid kumpul duit dulu! Kalau sebut pasal bab umrah nie Awatif & adik selalu cakap "Umi, jangan beli dah perhiasan rumah banyak2 - kan nak simpan duit pergi umrah" - amboi! yang tu depa nampak sangat - yang depa tu nak beli mainan la, beli basikal la - tu depa tak ingat! he..he.. banyak mulut betul la anak2 nie!!


Tolong doakan sekali ya semoga rombongan ibu :-

1) selamat sampai & selamat balik

2) diberi kesihatan yang baik sepanjang berada disana

3) semuanya berjalan dengan lancar disana

4) amalan diterima oleh Nya..


p/s:- Selamat Maju Jaya buat Abang Lee & Kazrina yang akan menghadapi exam pada minggu ini (rasanya hari ini kot). Semoga berjaya mendapat keputusan yang baik! Fighting!!

No comments: