Thursday, April 28, 2011

tetamu datang

Pagi tadi ada tetamu datang. Kak Har & Ina dari Balok & Kak Imah. Kak Har & Ina nie kenal melalui facebook. Dari rumah saya ke Balok ambil masa dalam 30-45 minit. Walaupun tak sihat (semalam tiba2 aje kena selsema teruk - tak boleh nak tidur pasal asyik bersin aje) & tak cukup tidur (Awatif puasa sunat hari ini so pukul 4.30pg dah kena bangun siapkan sahur dia) - kena gagahkan juga pasal tetamu nak datang. Pertama kali pulak tu so takkan tak jamu apa2. So saya gagah jugak buat laksa malam semalam. Hampir pukul 2 pagi baru siap!


Kak Har, Ina, Kak Imah memang sporting habis! Memang enjoy sembang. Walaupun saya nie pendiam tetapi tetap boleh masuk geng! he..he..


Semuanya minat gaya English so seronok bila berkumpul sambil bertukar cerita & pendapat. Kak Har & Ina asyik puji rumah saya cantik he..he.. Rumah saya ni biasa2 aje - kalau tengok rumah orang lain lagi cantik sebenarnya!


Mari kita layan gambar2 yang diambil tadi :-(dari kiri Ina, Kak Har & Kak Imah)










p/s:- muka orang tak sihat bergambar - ngan tak berbedak & berlipstick!!


p/s:- terima sms dari Uda tadi - semalam pukul 9 mereka selamat sampai di Madinah, Alhamdulilah!!

No comments: