Saturday, April 9, 2011

si putih!

Yang dinanti2kan selama sebulan lebih telah pun sampai! Walaupun ianya bukanlah impian hati tetapi bak kata suami "sayang kena bersyukur apa yang ada" so saya terima hadiah anniversary ini dengan hati yang happy walaupun separuh rela he..he..

Jangan tanya kenapa plat no. dari Johor kerana hanya suami yang tahu sebabnya. Sepatutnya plat no. tu dijadikan suprise untuk saya tetapi oleh sebab terlalu lama menunggu, habis apa yang nak dirahsiakan dari saya terbongkar satu persatu. Bingung mikirkan apa motif suami ambil plat JMS 7585 - mungkinkah Jangan Marah Sayang atau Jangan Merajuk Sayang - no. 7585 tu pulak mungkin sempena birthday saya tetapi kalau nak lebih tepat sepatutnya 7583!! Bila tanya suami dia kata jangan pertikaikan niat baik dia!! he..he...pening kepala bini dia nak mikir!! Apa2 pun terima ajelah kan! Orang dah bagi hadiah banyak pulak soalnya!! So inilah kereta untuk ambil anak2 sekolah dan yang pentingnya untuk saya ronda2 @ jalan2 ngan kawan2!


Kami anak beranak merasmikan kereta baru hari ini dengan pergi ke Kuantan membuang masa & duit he..he.. Anak2 punya main happy dapat kereta baru. Kurang sikit "kejelesan" depa pada Balqish & Robin pasal kakak tukar kereta Inova minggu lepas. Bila dapat tahu kakak tukar kereta anak2 bukan main muncung mulut - paksa suami tukar kereta Nissan ke Camry!! He..he


p/s:- sejak kakak tukar kereta baru nie rasa macam ada harapan aje Nissan tu bertukar he..he.. Selalunya saya ngan kakak memang selalu sama bila nak tukar kereta. Dari Wira ke Waja tahun yang sama kami tukar, dari Waja ke Nissan - kakak Waja ke Citra pun tahun yang sama jugak so kali ni agak2 ada rezeki tak nak tukar jugak!! he..he.. Tak apa, kita angan2 dulu ya!!!

2 comments:

Kaz said...

Wah hebat tu Fizin, dapat hadiah kereta utk anniversary. Ina pun asyik dok terfikir kenapa plat kereta tu JMS ya. Apapun, congrats. Sayang betul Lan kat bini dia ya.

Hafidzin said...

Terima kasih Ina..

Pasal no plat kereta tu he..he.. sampai skrg pun fizin tak faham! ada la kot apa2 dalam fikiran dia tu yg ada maksud tersirat he..he..

Tak sayang mana pun sangat Ina - selalu gaduh ada la he..he..