Tuesday, April 26, 2011

ais batu

Hari ini anak2 tak pergi sekolah, Awatif sakit perut & adik pulak demam tak baik2 lagi. Bila anak2 tak pergi sekolah - Umi jadi tarzan kejap - asyik menjerit aje - tak tahan anak2 suka sangat bergaduh!!

Tadi masa tengah makan tengahari (lauk beli aje - Umi malas nak masak) cerita pasal makna nama anak2. Tanya adik :-
Umi : adik tahu tak nama adik "Aisy" tu makna apa?
Adik : adik tahu - Aisy tu maknanya ais batu (ngan confidentnya dia cakap)
Umi : ha..ha...ha.. (tengah taip nie pun boleh gelak lagi teringat pasal tadi).

p/s:- untuk yang tak tahu Aisy tu maknanya kemakmuran hidup..




No comments: