Monday, April 25, 2011

adik demam lagi!

Adik demam + batuk + lelah lagi. Balik dari sekolah hari Ahad lepas tiba2 aje badan dia panas. Sepanjang dalam kereta dia banyak diam aje. Bila tanya kenapa dia jawab "adik tak larat". Sampai rumah terus bagi dia ubat demam, mandikan & tidurkan dia. Dalam pukul 5-6 petang bangun aje dari tidur tiba2 pulak dia batuk & terus lelah. Malam tu bawa dia pergi klinik terus kena nebulizer.


Hari ini tak pergi sekolah. Demam & batuk masih ada cuma lelah aje dah kurang. Hari ini dia makan lempeng kelapa aje. Malam pujuk dia makan nasi. Dia nak beg sekolah roda (baru) - kena janji beli beg tu baru dia nak makan nasi. Kena janji beli jugak pasal muka dia cengkung sangat walaupun sehari aje demam. Muka dia macam pucat sikit. So setelah berjanji baru dia makan nasi. Adalah 5-6 mulut dia makan tetapi oklah jugak dari tak makan langsung.


Lepas makan terus pergi beli beg sekolah roda. Kesian dia - dalam tak larat nak jalan tu dia gagah jugak semata2 nak beg roda!!


p/s:- cepatlah sembuh adik, Umi nak tengok wayang Red Riding Hood hari Jumaat nie!!

No comments: