Thursday, March 3, 2011

update jap!

Plan asal semalam nak pergi Kuantan celebrate anniversary tapi Awatif kena tidur kat sekolah pulak semalam. Ada program TKRS - semua pelajar diwajibkan pergi. Mulanya memang saya tak bagi tapi mengalah jugak dengan pujukan & rayuan dia! Walaupun diwajibkan tetapi kalau minta surat doktor memang boleh lepas pasal dia ada lelah! Ikutkan 2-3 hari nie dia bukannya sihat sangat. Tetapi itulah - pujukan dia tu memang susah nak tepis! he..he..

Jadi mungkin hari Sabtu nie kot nak pergi Kuantan - nak makan steamboat @ ikan bakar! Sapa2 nak ikut jomlah tetapi SDN ya he..he..

2 hari ni sibuk sikit - bukan sibuk sangat pun cuma sibuk merayau & perabis duit! Hari Selasa saya & Kak Imah pergi rumah Kak Har kat Balok. Dah niat dalam hati tak nak beli apa2 tetapi sampai sana aje terus ubah fikiran! Itulah akibatnya bila iman tak kuat! he..he.. Kak Har ni saya kenal melalui facebook & kebetulan Kak Har kenal ngan Kak Imah. Seronok dapat berkenalan ngan Kak Har. Oleh kerana kami sama2 minat gaya English - jadi bila sembang2 tu tak terasa masa berlalu. Enjoy sangat2!!

Hari Rabu pulak pergi Kerteh ngan Norly. Tujuan utama nak pergi kedai Kak Timah. Kali ni lagi mencabar kesabaran & iman!! Kedai Kak Timah umpama syurga bagi orang2 yang minat gaya English nie! he..he.. Betul!! Macam2 ada!! Kak Timah dok pujuk saya beli mana2 perabot putih - bukan saya tak nak beli (tak nak cakap duit tak ada he..he..) tetapi rumah saya tu dah penuh sangat! Dah tak ada ruang nak letak kalau beli pun! Saya tak nak rumah terlalu sarat sangat! Kalau setakat hiasan dinding ke hiasan atas meja ke boleh la lagi tetapi kalau perabot tu memang tak kot! Memang cantik2 perabot tu. Boleh rekomen kat kawan2 lain yang minat!

Nak tahu apa yang saya "dapat" selama 2 hari merayau tu? Nanti bila saya dah hias cantik2 saya tangkap gambar kemudian publish kat sini ya!! Tunggu!!!!...

No comments: