Monday, March 28, 2011

tetamu minggu ni

Minggu ni kami terima tetamu lagi!! Bidadarindu sekeluarga. Mereka sampai hari Jumaat petang. Sebenarnya Bidadarindu ada family day (ofis) kat Cherating hari Sabtu tu. Sampai rumah - solat jap, pastu terus keluar nak makan Satar. Dah lewat - waktu tu dah pukul 5 lebih. Banyak yang dah abis, mujur Satar & otak2 banyak lagi. Mungkin pasal bukan musim cuti sekolah. Kalau cuti sekolah sure dah habis!!


Lepas makan Satar, pergi Pantai Mak Nik. Nak penuhi permintaan anak2 yang lama tak pergi pantai. Umi fobia ngan pantai & laut sejak jadi tsunami kat Jepun tu! Mak & Ibu pun dah pesan banyak kali jangan pergi pantai & laut!



Lepas main2 kat pantai, singgah pulak taman permainan. Anak2 bukan main happy lagi!!


Sabtu tengahari Bidadarindu sekeluarga bertolak ke Cherating untuk family day. Hari Ahad datang balik ke rumah. Gambar tengah makan kat atas tu masa kami makan semalam. Pagi tadi dalam pukul 11 - mereka dah balik.


p/s:- adik bukan main happy dapat jumpa ngan Muqri!

No comments: