Saturday, March 26, 2011

tetamu minggu lepas

Kakak hantar kami anak beranak balik Kemaman hari Jumaat. Plan asal kakak nak balik hari Sabtu lepas. Tapi pasal kesian kat anak2 maka kakak balik hari Ahad. Hari Sabtu tu kami jalan2 pergi Kuantan.

Sebelum keluar rumah, kita bergambar dulu. Dah siap pesan kat kakak kalau orang tanya kita nie kembar ke tak, ngaku aje lah. He..he.. Dah selalu sangat orang tanya kami nie kembar. Tak larat nak explain dah saya nie adik, kakak tu kakak! Tapi tak boleh nak salahkan orang2 yang bertanya tu pasal sejak 2-3 tahun kebelakangan nie baju kami banyak yang sama. Selalu jadi perhatian orang kalau pergi mana2. Bukan setakat baju kami je yang sama tapi anak2 jugak - kadang2 baju suami pun sama jugak!!





Keluar rumah terus pergi makan Satar dulu. Dah kenyang perut terus pergi Kuantan. Mula2 pergi taman permainan kat Zoo Kuantan.




Anak2 nak naik kuda.





Aisy & Robin naik motor.





Makan kat Ana Ikan Bakar Petai. Kami order ikan pari bakar petai, ikan kerabu 3 rasa, sotong celup tepung, lala masak manis, tomyam campur & udang masak kunyit. Sedap!!




No comments: