Tuesday, February 15, 2011

Kemaman-KL-Johor-KL-Kemaman

Baru balik dari KL petang tadi. Penat sangat2!! Hari Khamis lepas pergi KL, sampai malam dalam pukul 10.00. Rumah baru kakak kat Semenyih tu rasa jauh sangat. Kalau dulu kat Wardieburn kejap aje. Keluar highway Karak tu kejap aje terus sampai rumah kakak. Pagi Jumaat esoknya tu pergi Johor pulak! Anak saudara mak buat kenduri kahwin anaknya. Hari Ahad balik KL. Hari Isnin jalan2 pergi Nilai 3 (projek baru - nanti saya cerita panjang lebar di lain n3). Hari ini pulak balik Kemaman. Non-stop aktiviti hujung minggu lepas! Badan rasa letih sangat!
p/s:- Bidadarindu lagi "panjang kaki" - terus sambung jalan2 kat Singapore lagi - kami yang tak ada passport nie bye2 aje lah kat Hotel Selesa he..he..

No comments: