Saturday, January 8, 2011

present

Hari nikan besday suami & sepatutnya sayalah kena bagi present kat dia. Tapi dah terbalik la pulak! Dia yang bagi present kat isterinya yang tersayang nie he..he.. Lagipun kalau saya beli present pun, duit tu pun dia yang bagi so tak payah susah2 belikan, kan abang? Tapi kalau besday saya, memang WAJIB nak kena beli!! he..he..

Mungkin dia faham & malas nak layan saya yang dok mengadu boring2 dari pagi sampai petang so dia pun setuju aje lah beli benda nie. Saya nie tak minat sangat menjahit, lebih suka buat kek lagi tetapi apa salahnya cuba2 menjahit, belajar sikit2 kan? Dari dok rumah tu melayan cerita Korea aje, baik belajar apa2 yang patut & berfaedah. Saya dah register untuk kelas menjahit ni - tempohnya setahun & lepas lulus boleh dapat sijil. Kelas akan mula dalam bulan 9 - 10.


Cikgu Roza tengah mengajar cara2 menggunakan mesin & basic tentang jahitan & sulaman. Terketar2 tangan nak menjahitnya - maklumlah memang tak pandai langsung!. Dulu2 ada jugak belajar buat gaun smoking tu tetapi dah lama tak buat so rasa kekok sangat.

Seperti saya bagitahu tadi, saya memang tak berminat nak belajar jahit nie. Ibu & Mak dari dulu suruh saya belajar menjahit. Bukan nak ambil upah atau apa, tapi sekadar untuk pakai sendiri2. So sekarang nie saya nak cuba2 dulu. Nak tengok kemampuan setakat mana. Dah tahu tangan nie keras & tak berbakat tapi apa salahnya mencuba kan? Kalau dah belajar nanti mesti lah pandai!





p/s:- Awatif yang beriya2 lebih dari Umi, sepanjang Cikgu Roza ajar tadi, dia langsung tak berengang ngan Umi !!

1 comment:

Kaz said...

Bab menjahit ni mmg ina angkat tgn awal2 lg. Tak minat dan tak berbakat langsung. Selamat menjahit Fizin, nanti ina boleh tempah kat Fizin ya.