Sunday, January 23, 2011

menang & tambah anak??

Semalam pergi Kuantan temankan suami lawan main bowling (company). Ikutkan malas nak pergi pasal badan tak berapa sihat tetapi kesian kat anak2 pulak. Iya2 nak ikut Walid kononnya2 nak bagi semangat kat Walid he..he.. Anak2 bukan main berkeyakinan tinggi yang Walid akan menang. Umi tak harap pun pasal Walid bukannya selalu main - ingat main suka2 aje! Setiap group ada 3 orang. Ramai yang join, rasanya pagi tu semua lane company tempah.



Harapan anak2 tak sia2 - Group Walid dapat no. 2! Cayalah Walid!!




Lepas habis main, semua staff dapat makan percuma di Hotel Ms Garden. Lunch Buffet. Saya & anak2 tak ikut pasal nak makan steamboat. Lama dah teringin nak makan!


Sebelum games start jumpa Khairuddin (jiran lama). Dia pun main jugak wakil PPT Kerteh. Masa tu Lina & anak2 tak sampai lagi (kat dalam bilik lagi - tidur kat hotel semalam). Dia tanya eh! tak tambah anak lagi ke? kami dah nak tambah nie! Saya & suami senyum aje! Bila Lina dah sampai cerita kat dia - rupanya Lina dah pregnant 10 minggu! Anak ke 4. Patutlah tadi Khairuddin iya2 bagitahu nak tambah anak he..he..

Anak Lina yang sulung tu sebaya Aisy. Haris lahir bulan 9, 2004, Aisy lahir bulan 10, 2004. Tengok Haris nampak berdikari sangat tak macam Aisy. Pergi toilet pun sendiri2 aje. Kalau adik jangan haraplah! Mungkin Haris dah ada 2 adik maka dia jadi berdikari - Aisy pulak tak ada adik pasal tu kot dia terlalu manja sangat!

Tentang nak tambah anak tu InsyaAllah! Kita hanya merancang Tuhan penentu segalanya!!

p/s:- badan masih tak turun2 padahal makan dah kurang! Lina yang senantiasa maintain kurus aje dari anak satu sampailah nak masuk 4!

p/s:- mujur jugak Lina ada - tak lah boring sangat menunggu hampir 3 jam!

No comments: