Sunday, January 2, 2011

lega!

Lega dah habis buat n3 pasal HSFD. Lucky Draw & Talent Show tu penutup cerita HSFD. Asyik sibuk nak habis cerita HSFD nie, cerita harian macamana kami sekeluarga lepas bercuti pun tak sempat nak buat. N3 pasal tahun baru tu pun buat tergesa2.

Sejak saya balik hari Isnin lepas, hujan tak berhenti2 kat sini. Sepanjang hari mendung & hujan. Tak nampak cahaya matahari langsung. Bila dah cuaca macam tu, mata pun mulalah ngantuk sahaja. Badan pun jadi malas & mood pun muram aje.

Hari ni dah hari ke 2 dalam tahun 2011. Cepat aje masa berlalu kan? Sepatutnya hari ini anak2 mula bersekolah tetapi Kerajaan Terengganu bagi cuti menggantikan hari Jumaat lepas (yang Malaysia menang bola tu). Semua barang2 sekolah anak dah siap. Baju, kasut, beg & alat2 tulis. Buku2 sekolah adik pakai yang kakak punya so jimat duit. Buku2 sekolah kakak belum beli lagi, tunggu esok sekolah buka baru beli. Rasanya esok banyak nak kena bayar nie!! Yuran sekolah kakak pun belum bayar. Adik punya dah Walid bayar masa daftar hari tu. Yuran bulanan sekolah Al Amin dah naik! Tahun lepas rm190, tahun ni rm220.

Oklah, nanti kita sambung lagi cerita ya!

No comments: