Tuesday, January 18, 2011

Kelas Kek Cawan (cupcakes)

Cerita nie dah lama tapi masa tu ada di KL, tak ada kesempatan nak sharekan kat sini. Dah lama saya teringin nak pergi kelas Kek nie terutamanya yang ada ajar buat hiasan2. Setiap kali pergi KL memang plan dalam kepala nak pergi belajar tapi bila dah sampai KL selalunya tak pernah jadi. Ada ajelah halangan & dugaannya.

Jadi kali ni saya dah nekad betul2. Sebelum buat confirmation nak attend kelas tu, try tanya Kakak ngan Yan nak join tak kelas tu sekali. Yan setuju nak join - Mujur lah Yan nak ikut so ada lah kawan, tak lah boring sorang2 nanti. Kakak tak nak masuk kelas buat Kek Cawan tetapi nak masuk Kelas buat roti.

Bila dah confirm nak attend, kena bayar dulu rm150 - dah bank in baru pihak sana mengesahkan booking kita. Saya dah survey kat internet, memang banyak kelas buat kek nie di KL. Pilih aje nak belajar buat apa - semuanya ada. Ikutkan hati macam2 saya teringin nak belajar tetapi masa tak ada. Lain kali pergi KL boleh belajar buat coklat pulak!

Saya ambil kelas kat Aniz Baking Centre. Cikgunya Chef Noraini. Memang dia banyak pengalaman. Dia jugak ada buat buku2 masakan. Lepas dah belajar tu sempat jugak beli 3 buku, siap ngan autograf lagi!



























p/s:- masa ni terbukti saya nampak gemuk sangat! boleh tengok dari muka yang bulat & perut yang macam mengandung 4 bulan he..he..

p/s:- apa yang saya belajar hari tu belum dipratikkan lagi sampai sekarang kerana mood malas sedang menguasai fikiran & minda saya sekarang!

p/s:- kelakarnya lepas habis kelas singgah kedai kek jap. Bila tengok kek2 tu - siap perasan bagus "alah! senang je nak buat tu" padahal baru aje belajar sikit! he..he.. berlagak sangat macamlah pandai tetapi bila nak buat mahu terketar2 tangan! he..he..(dalam hati kata tak apa, tak apa, keyakinan diri kena tinggi ha..ha..)

1 comment:

rositahmdzain said...

oihh..berlian pun ada ke !! oo..ni masa kat KL ek? x sabar tunggu dua-dua org ni pandai buat segala mcm kek. tp syg dah bnyk jenis kek pandai buat kan. Yan apa lg, bila nak tunjuk bakat?