Friday, January 21, 2011

kek

Kek Lapis Strawberry Cheese nie saya buat untuk bawa pergi Usrah hari Khamis lepas. Tetapi gara2 tertidur - tak sempat nak pergi. Lepas suami & anak2 keluar rumah dalam pukul 7.15 pagi tu, saya ingat nak tidur kejap aje pasal malam tu pukul 4.30 pagi baru tidur. Terlupa pulak nak setkan alarm kat hp. Sedar2 dah pukul 10.30 pagi!! Bila dah tak bawa pergi usrah kena bagi lah kek tu kat kawan2 pasal kalau tak bagi memang tak habis. Suami & anak2 tak suka sangat! So lepas ambil anak2 sekolah, bagi lah sorang sikit kat jiran & kawan2.

Ni lebihan Kek Lapis tadi. Nak buang sayang so saya buatkan jadi Strawberry Marble Cheese. Rasa sama macam Kek Lapis tu tapi cuma saya bakar sekali je & tak bakar lapis2.

Inilah puncanya saya tidur pukul 4.30 pagi nak menunggu Kek Coklat ni masak. Last minit baru buat atas permintaan anak bujang tu sorang! Nak kena kukus ambil masa sejam, pastu sekali kukus dapat 3 biji aje. Semua sekali 6 biji pastu satu loyang besar tu sebiji pasal ingat nak bawa pergi Usrah sekali. Pukul 4.30 pagi ngam2 semua kek tu masak.

Dah lama adik minta suruh buat Kek Coklat kat dia. Kesian sangat kat dia - itu yang terpaksa buat tu walaupun dah malam. Setiap 5 minit dia akan tanya dah siap ke belum - kek nie masak dia dah tidur. So esok2 pagi tu siap2 bubuh dalam bekas untuk dia bawa bekal pergi sekolah. Lepas balik sekolah makan lagi sebiji. Kiranya puas hati tengok dia makan. Berbaloilah penat2 buat. Kalau dia tak makan tu yang rasa nak marah kan??

Kek Coklat pun bagi jugak kat kawan2 sikit. Bukan apa, takut tak habis. Macam Butter Cake haritu. Buang aje. Suami & anak2 makan tapi tak makan sangat.



p/s:- Uda - Yan lagi hebat - dah berapa biji orang tempah kat dia! (balas komen Uda dari n3 Kelas Kek Cawan). Yan dok bersemangat lagi tu. Tiap2 hari buat kek. Sayang dah malas dah!! he..he..

p/s:- ingatkan anak2 pergi sekolah ada banyak masa tetapi tak jugak. Rasa cepat sangat masa berlalu padahal bukan buat apa2 pun kat rumah. Rasa kejap sangat pukul 3. Entah buat apa lah sorang2 sampai tak sedar masa. Nak kata kemas rumah tak pun. Rumah macam tu lah jugak!

p/s:- kepala rasa pening sangat pasal aturan masa tidur dah lari. Pukul 8 malam dah tidur pastu tersedar pukul 2 pagi dah tak boleh nak tidur sampailah lepas suami & anak2 keluar pukul 7.15 pagi. Siang tak tidur, itu yang lepas maghrib mata tak boleh nak buka dah!! Macamana nak tetapkan balik masa tidur macam biasa tak tahulah! Ingat hari anak2 cuti sekolah boleh lah bangun lambat sikit @ tidur siang tetapi tak boleh jugak. Depa ada kat rumah lagi banyak kerja nak kena buat!!

2 comments:

Kaz said...

Salam Fizin, bestnya sesiapa jadi jiran Fizin ya, Ina pun nak jadi jiran Fizin lah, boleh makan kek yg sedap2 tu selalu.
Ina rasa Fizin dah boleh start ambil order buat kek dari jiran dan kawan2. Kek Fizin pun npk cantik dan menjadi. Try lah Fizin.
Patutlah Bidadarindu dah lama tak update blog, tolong Yan buat kek agaknya ya.

bidadarindu said...

saper jadi jiran dia gemuk la jawapnyer...
he he...

p/s: bukan tolong buat kek,tolong jaga anak2 la...kami breakfast ngan kek,lunch ngan kek,dinner pun ngan kek gak....he he he...