Friday, January 7, 2011

hujan oh hujan!

Keadaan dalam rumah kerana asyik hujan sepanjang hari selama 2-3 hari ini. Kalau sidai kat luar memang susah nak kering - sidai kat dalam rumah pastu buka kipas 24 jam. Cepat aje kering walaupun ada rasa macam sejuk2 sikit.

Cuaca hujan ni buatkan saya rasa malas aje. Terutamanya malas mandi (time panas terik pun malas nak mandi gak he..he..). Sejuk giler.... Walaupun ada air panas tetapi air tak panas mana pun. Air paip dah sejuk macam air ais. Waktu subuh nak ambil wuduk - rasa mengeletar!


p/s:- esok birthday suami - ingat nak celebrate kat Kuantan tetapi ngan keadaan hujan tak berhenti 2-3 hari ni, rasanya jalan mesti tutup pasal banjir macam minggu lepas! nak pergi Kerteh pun sama jugak! nampak gayanya kena celebrate kat rumah aje lah!!

p/s:- anak2 tengah dok sibuk buatkan kad birthday untuk Walid - Umi pulak nanti sibuk nak buat kek birthday - suami suka butter cake aje tapi anak2 sibuk nak macam2, Awatif nak tiramisu & adik pulak nak coklat kek!

1 comment:

bidadarindu said...

tu la tadi nak gi ofis,dengar kat sinar kata pantai timur makin teruk banjir,kalau kerajaan istihar sekolah tutup,ada la alasan nak dtg kl yek...umah kat semenyih besar ooo...ada swimming pool...boleh celebrate birthday a.lan kat SABA,CyberJaya...he he he...