Friday, December 31, 2010

Taming Sari

Lepas makan ikan bakar kat Umbai malam sebelum tu dah datang sini tetapi nak naik dah tutup. So lepas check out dari A Afmosa terus datang sini. Sebelum naik bukan main berani tetapi bila dah ada kat atas tu, menyesal tak abis2. Takut sangat! Saya memang penakut tetapi ntah macamana boleh berani pulak!! Mungkin ramai sedara ada kot! Uda & anak2, Maksu & anak2, Makteh & kakak sefamily. Seorang kena rm10 kalau tak tunjuk IC kena rm20. Budak2 kena rm5. Sewa teropong 3 rm10.



Ramai yang pantang nampak camera, terus mencelah aje he..he.. Gambar anak2 bergaya ngan teropong sewa. Macam pro la pulak kan?





Masa beratur & tunggu nak naik Taming Sari. Kan dah kata tadi, masing2 pantang nampak camera - terus aje mencelah. He..he.. Gambar kat bawah tu, Ibu & Bidadarindu tak naik, just nak bye2 aje kat kami. Muqri naik sekali pasal naik join sekali ngan Aisy & Robin. Nampak si Fatin tu pakai baju tak ikut tema? Baju putih dia tertinggal kat umah so dia seorang aje "berhijau" pada hari itu.





Nampak tak adik tu sibuk aje ngan teropong sewa tu? Paling kelakar dia jerit "Umi, adik nampak Kemaman la" he..he.. Macamana adik boleh nampak Kemaman sedangkan kita ada Melaka? Masa dia kata dia nampak kereta Wan Teh - Ha! tu baru logik sikit he..he.. Muka saya time tu senyum dalam ketakutan. Saya memang fobia dengan ketinggian!! Dalam hati dok meyesal kenapa la gatal sangat nak naik tadi! Kuat2 pegang tangan adik & Farah. Adik kata "Umi tak payah pegang tangan adik, adik tak takut pun" - Umi jawab " Umi pegang tangan adik pasal Umi yang takut". Amboi! berani sangat la dia tu!! he..he.. Nak pegang tangan Walid - dah terpisah ngan Walid tadi, Walid nun di hujung sana ngan Awatif.





No comments: