Thursday, December 9, 2010

tak insaf2

Lepas hantar anak2 pergi ke Klinik Hafazan Intensif & Pengukuhan Ibadah, terus ke rumah MakSu. Semalam Maksu cal minta tolong hantar Mira ke sekolah pagi ni. Kereta Lexus MakSu rosak. Kereta Wira PakCik Chop bawa pergi kerja. Memang ngantuk sungguh pagi tadi. Semalam pukul 3 pagi baru tidur pasal dok sembang ngan ibu, mak & kakak.

Sampai aje rumah Maksu dalam pukul 9 pagi terus kami 2 beradik tidur. Pukul 10.45pagi baru hantar Mira ke sekolah. Hari ini dia ada paper Account (SPM). Lepas tu terus kami ke Giant. Asalnya Maksu nak beli besen besar, saya pulak nak beli donut JCO kat adik. Tapi em...em... bila sampai kat sana mulalah pandang sini sana!! Last2 duit habis terbang padahal bukannya ada duit sangat time tu pasal tengah simpan untuk pergi Melaka nanti. Adoi!! Maksu & kakak pun terjebak sama he..he..

Lepas dah shopping tu, singgah sini kejap. Lama dah timbang berat badan. Last timbang 49kg. Tapi tadi bila timbang, keputusannya amat mengecewakan!! he...he...



Lepas timbang & dapat keputusannya - amat mengerikan!! tetapi masih tak insaf2 lagi. Lepas timbang tadi terus masuk kedai nie. Bukannya nak kuruskan lagi badan tetapi gemukkan lagi badan!! Padahal tadi masa lepas timbang beriya2 nak diet - memang dasar tak boleh tengok makanan sedap2 he...he...




p/s :- Kakak dah pesan banyak kali jangan bagitahu berat badan dia kat blog nie - Maksu pun sama, so tak boleh la kita nak sharekan kat sini he..he.. Berat badan tuan punya blog 53kg!!

1 comment:

rositahmdzain said...

masyaAllah cepatnya naik..kakak ngn maksu berat brape yang? amboi..xbagi habaq plak.,:-P