Wednesday, December 29, 2010

SUKANEKA HSFD - Dalam Air

Pertandingan antara remaja perempuan. Mula2 pusing badan 3 kali, berenang ke hujung, tiup belon, pecahkan belon & berenang balik ke tempat mula. Fuh! Mencabar tu kan? Idea sapa la tu?? he..he.. Pemenangnya adalah Qilah, tempat ke 2 & ke 3 sorry! tak ingat! Tapi rasanya kalau pilih dari gaya sapa paling menawan tentulah jatuh kepada ... Farah! Pusingan badan dia tu dah macam gelek dangdut! Kalah Mas Idayu! he..he. Gaya mesti lebihkan Farah walaupun tiup belon tak besar2 kah..kah..kah..(gelak besar nie!!) Jangan tak tahu Family Hajah Saodah nie ada artis tau!! Sapa lagi kalau bukan anak bongsu Makteh - tak lekang ngan cermin mata hitam merah dia tu!! he..he.. Gaya pusingan badan dia pun tak kalah ngan Farah! (Maksu kata ada orang nak ambil gambar ngan dia masa kat Safari - orang ingat dia artis - betul ke Hanani?)





Pertandingan remaja lelaki. Sama gak macam remaja perempuan tadi tapi lelaki kena buat 5 kali pusingan. Pemenang rasanya antara Amir, Zakuan & Bazli. Cuma tak tahu siapa yang dapat no. 1, 2 & 3. Kesian Mustaqim, gemuruh sangat kot sampai tiup belon pun tak boleh, sama nasib macam Umi Farah!!


Pertandingan remaja lelaki lagi - berenang sambil ngendong @ dukung budak kat belakang. Amir paling bertuah pasal dapat si Adam. Mustaqim - Aisy, Zakuan - Muqri & Bazli - Robin. Pemenangnya pun tak ingat sapa. Tapi rasanya antara Zakuan, Amir & Bazli jugak! Pi mai tang tu lah jugak! Habis, yang ada pun depa aje! Mustaqim tak kisah kalah pasal kalah menang ke semuanya dapat hadiah jugak!!



Hero 3 Malaya nie lagi! Semangat kesukanan depa memang tinggi - sejuk ketaq pun masih lagi mampu bertahan! Bibir masing2 dah grrrrr sejuk tapi tetap gigih teruskan pertandingan! Tabik spring la kat 3 panglima nie (Tok Nek bagi gelaran)! Pemenangnya tentulah si Ketuanya Robin, ke 2 Muqri & ke 3 Adik. Adik saja aje bagi can kat Muqri untuk menang he..he..





p/s:- pertandingan renang antara gadis2 muda (Awatif, Balqish & Afiqah) tak sempat nak ambil. Sayang betul - tak ingat time tu sibuk buat apa!!

No comments: