Tuesday, December 28, 2010

sambut birthday berlima

Kek ni saya tempah atas "arahan" ibu he..he.. Nak buat surprise untuk Nadia, Najwa, Wani, Bazli & Mira. Kesemua mereka lahir bulan 12 kecuali Mira. Senang order satu kek aje - sekali harung sambut birthday depa. Jenuh jugak nak cari gambar2 depa - maklumlah nak buat surprise kan? Kalau nak minta kat depa tak jadi lah pulak nak suprise!! Gambar yang lain2 tu dah ok cuma gambar Bazli aje yang tak ada. Nasib baik blog Bidadarindu ada letak gambar dia masa n3 birthday dia tu. So copy dari situ aje la.

Memang susah jugak nak sorok2 kek tu dari depa. Ibu yang mainkan peranan paling penting - tukang sorok kek he..he.. Bukan nak kena sorok kek dari depa berlima aje tetapi dari anak2 saya & kakak. Anak2 kami tu tak pandai simpan rahsia - kalau depa tahu memang sah2 akan bocor rahsia!!

Malam Ahad tu kami ambil kek dari rumah Kak Leeza. Sebiji kek yang ada lima gambar tu harganya rm90. Kek coklat moist. Memang sedap! Lain kali boleh order lagi.

Potong kek & bergambar selepas pergi Cowboy Town. Bukan main happy aje depa tu. Memang depa terkejut pun. Patut bagi pujian kat ibu pasal berjaya sorokkan kek tu selama 2 hari. He..he..





p/s:- duit kek tu nak claim kat waris yang mana ya? he..he..

No comments: