Friday, December 31, 2010

Hotel Pesona

Gara2 shopping & jalan2 kat sini, percutian kat Melaka tambah satu malam lagi. Jenuh jugak nak cari hotel pasal banyak yang dah penuh.




Cari punya cari - maka jumpa lah Hotel ni - Hotel Pesona. Satu malam rm130. Rugi jugak pasal time kami check in tu dah pukul 8 malam. Kalau dah tahu nak tidur lagi satu malam kat sini tentu awal2 dah cari hotel & cepat2 check in. Kesian gak kat mak yang tunggu dalam kereta aje sepanjang kami shopping & jalan2. Mak tak larat nak keluar berjalan.

Tak plan pun nak tidur lagi satu malam, masing2 letih nak drive balik KL. Lagipun masa time maghrib pun masih tak habis shopping lagi kat Samudera tu. Mula2 Makteh yang cadangkan apa kata kita tidur lagi satu malam. Bila tanya saya & kakak, kami ok aje lagipun esok tu semuanya cuti. Lepas tu Uda & Maksu pun kata ok, tinggal Saiful & Yan aje. Depa kata esok tu ada masak tetapi lepas call Nyah - depa pun setuju tidur satu malam lagi. Bila semua dah setuju baru Ibu, Uda, Maksu, Makteh & Yan cari hotel. Saya & kakak tunggu dalam kereta kat Bangunan Samudera.





Lepas dah check in & angkat barang2 masuk bilik kami keluar lagi. Nak cari tshirt untuk pakai esok. Saya & kakak dah tak ada baju nak pakai. Nak cari yang murah2 aje - sehelai rm10 aje! Ingat nak pergi balik kat Bangunan Samudera tadi tapi dah tutup. Time tu dah pukul 10 malam. Hotel Pesona tu betul2 dekat town. Nak ke mana2 jalan kaki aje.

Kami pergi kedai2 kat tepi jalan (tak ingat bangunan apa), cari tshirt tapi banyak kedai yang dah tutup & dah nak tutup pasal masa tu dah pukul 10 lebih. Mujur jumpa jugak tshirt yang kami nak tapi untuk suami & Abang Lee tak ada saiz. Tshirt gambar lain banyak la tetapi kami nak sepasang ngan kami & anak2 jugak. Cari kedai lain tak ada jugak. So kami plan esok2 pagi nak ke Bangunan Samudera tu balik untuk cari tshirt tu.




Dah penat berjalan, kami singgah kedai makan kat belakang hotel. Join Bidadarindu & Yan makan. Mula2 ingat nak bungkus aje tetapi bila tengok orang sebelah makan claypot tomyam terus teringin. Oder satu share ngan kakak. Lepas tu bungkuskan mee goreng untuk Ibu & bibik2. Time tu kaki punya lah sakit! Kalau ada orang tolong urutkan, alangkah bestnya!! Tapi tak ada satu pun yang boleh tolong urutkan pasal masing2 pun penat!! Sendiri lenguh, sendiri urut lah!! he..he..





No comments: