Friday, December 3, 2010

demam + MC + packing baju

kesian!!

Sibuk sikit 2-3 hari ini. Hari Rabu suami demam & kena food poisioning. Jenuh nak pujuk suruh dia ambil MC. Memang payah betul dia nak ambil MC walaupun sakit teruk.Banyak tahun dah dia tak pernah ambil MC. Last dia MC masa operate appendiks 6-7 tahun lepas.

Oleh sebab dia MC hari Rabu tu, tak adalah saya nak menghadap PC nie lama2. Kenalah jaga dia. Adik pun dah tak pergi sekolah lepas graduation day tu. Smart Readers start cuti sekolah pada 12hb Disember. So sibuk jaga suami & anak2 kat rumah aje lah.

Hari Khamis pulak dah sibuk packing baju. Banyak benda nak kena bawa. Satu beg tu asingkan untuk ke Melaka nanti. Satu beg tu untuk duduk kat KL 2 minggu, satu beg untuk baju suami duduk KL sampai hari Ahad nie & last sekali satu beg untuk baju2 kurung Awatif untuk pakai masa dia nak pergi Kem Bina Solat selama 2 minggu kat mana tak ingat pulak. Yuran kena bayar rm155 untuk 2 minggu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Makan disediakan. Sekarang nie Balqish dah Mustaqim dah ikuti Kem tu, sepatutnya 3 minggu tetapi dah Awatif baru datang minggu nie so dapat 2 minggu ajelah.

Campur semua beg tu ada 4 beg, tu tak termasuk lagi beg make-up la, beg tudung la & beg barang2 Awatif. Memang penuh la bonet kereta. Setiap kali pergi KL macam tu la, memang tak boleh nak buat apa dah. Bila lah nak boleh pakai kereta baru macam Kazrina tu he..he..

Dan semalam juga sibuk ngan aktiviti ini :-






Malangnya tak menjadi Kek Lapis saya semalam, puncanya tak tahu lah, masa first time buat raya haji tu elok aje. Memang nak kena cari guru jugak nie!! Saya buat 3 jenis Kek Lapis - Kek Lapis MiloHorlicks, Kek Lapis Blueberry Cheese & Kek Lapis Coklat Van Houten. Pagi ni buat sempat buat Kek Buah sebiji.

Lepas update blog nie nak mula ngemas rumah sikit2. Nak tinggal suami 2 minggu nie adoi!! rasa serba salah pulak. Selalunya memang macam tu - sebelum nak tinggal mula lah rasa macam2 - rasa bersalah la, rasa kesian la, tapi bila dah sampai KL - tak ingat dunia dah he..he..

p/s:- yang tak ingat dunia tu anak2 bukannya Umi tau!! Umi sentiasa ingatkan Walid!!

2 comments:

Kazrina said...

Dalam dok sibuk2 tu, sempat lagi buat kek lapis sampai 3 jenis. Memang Fizin ni rajin sungguhlah. Ina nampak mcm ok je, kenapa Fizin cakap tak jadi?
Fizin, setakat nak beli kereta mcm ina tu, petang ni pun Fizin boleh pi beli secara cash, hehe.

bidadarindu said...

iyo lah tu...he he he...