Monday, December 27, 2010

Cowboy Town

Spoil sungguh mood saya malam tu!! Gara2 Aina tak boleh lepas masuk pasal tak beli tiket untuk dia. Masa booking tiket tu, saya andaikan Aina tak kena tiket kerana umurnya 4 tahun. Masa saya pergi 2-3 tahun lepas budak bawah 4 tahun tak payah beli tiket. Rupanya sekarang dah lain - bukan umur diambil kira tetapi ketinggian. Tetapi kalau ikut budi bicara si guard tu memang boleh Aina lepas pasal kami semuanya dalam 31 orang, yang tak ada tiket cuma Aina sorang, takkan lah kami nak tipu!! Cara si guard tu cakap macam kami ni nak menipu!! Kami dah bayar 2 ribu lebih takkan setakat rm25 tu kami tak boleh nak bayar?? Memang geram sangat2 even sekarang pun rasa membakar aje bila fikir pasal malam tu..

Abang Lee lah yang jadi hero malam tu. Sanggup tak masuk pasal nak kasi Aina masuk. Ngan macho & garangnya Abang Lee koyak tag tangan depan guard tu bagi kat Aina. Keadaan time tu kalut sangat dahlah ramai sangat orang. Show pulak lagi 5 minit nak start. Kesian kat Abang Lee!! Tapi lepas tu Abang Lee beli tiket lain. Macamanapun sepanjang show tu saya langsung tak ada mood - geram sangat2!! Rasa bersalah pun iya jugak pasal saya yang uruskan hal2 tu semua.

Tema kami pada malam tu Pink. Semuanya pergi kecuali Ibu, Mak, Nyah Lelaki & Nyah Perempuan. Sapa2 yang ada anak2 kecil macam saya, Kakak, Yan & Tiqah kena lebih berhati2 pasal orang ramai sangat2. Kena selalu pastikan anak2 ada depan mata & pegang tangan anak2 kuat2. 3 hero malaya tu bukan mahu dok diam - asyik berlari ke sini sana aje. Suara Umi2 pun dah serak pasal dok jerit nama depa!!















2 comments:

bidadarindu said...

serius...langsung x tahu pasal aina malam tu...baca nie baru tahu...kurang hajaq betui depa tu kan..mangkuk hayun punya a famosa...patutnya cakap ngan dia kita dah letak deposit rm500 kat situ jek...tolak jek duit dari situ...x dek org macam kita nie,depa tu x bergaji tau tiap2 bulan...x yah datang sana dah lepas nie...

Hafidzin said...

la! ingatkan semua orang tau!! mungkin masa kejadian tu tu dah ke depan kot!
memang kalau ingat hal tu rasa mendidih aje!!