Monday, December 27, 2010

cerita HSFD

Cerita HSFD pun bermula..... (macam nak buat skrip drama la pulak!!)

Plan asalnya nak berkumpul di Sg Merap pukul 8 pagi kemudiannya di tukar jadi 9 pagi tetapi last2 meleret sampai pukul 11 pagi. Puncanya si "dia" tu!! Sapa2 yang tahu siapakah dia, sila angkat tangan!! He..he...

Malam sebelumnya kami anak beranak (saya, ibu & kakak) tidur pukul 4 pagi kerana nak siapkan barang2 & bekalan untuk esoknya. Semua ada tugasan masing2 - Ibu masak gulai, Makteh masak sambal tumis ikan bilis, Uda rebus telur masin 30 biji, Maksu goreng telur 30 biji & ikan masin dan Nyah masak asam pedas. Bukan tak nak makan di restoran @ kedai makan tetapi dengan keadaan anak2 & cucu2 yang ramai yang perangai masing2 "baik2" belaka - kesian kat mak, takut lagi pening kepala mak & takut tokey restoran halau aje kami balik he..he.. Lagipun bila dah ramai2 nie, jimat kalau bawa bekalan sendiri.

Dari Sg Merap kami ikut jalan kampung - singgah jap di Ladang Dragonfruit, sambil tu sempat juga kami tumpang toilet kat situ. Masing2 dah tak tahan he..he..Nasib baik bersih! Lepas tu terus sambung perjalanan ke Port Dickson. Nak lunch kat tepi laut. Memang riuh rendah sangat time tu. Mana taknya - semuanya dalam 35 orang. Masing2 kelaparan! Sayang sangat2 gambar ramai2 pakai baju hijau lupa nak ambil. Mula2 tu ingat tapi bila lepas makan tu terus lupa. Sempat ambil gambar candid masa makan & gambar saya sekeluarga saja.

Lepas makan, teruskan perjalanan sampai Melaka. Check in kat A Famosa Resort pukul 4 petang. Lepas masuk aje Villa tu, anak2 tak sabar nak mandi kolam. Umi pun join sekali!! Kejap aje dapat merendam pasal nak siap2 pergi Cowboy Town malam tu.













1 comment:

bidadarindu said...

Penat tapi best...Next time kita buat yang lebih baik....