Sunday, December 19, 2010

Awatif, Balqish & cerita diet

Awatif

Balqish

Gara2 tak muat baju mandi Muslimah - Balqish nekad nak diet!! Kesian, sejak 2-3 malam nie dia asyik makan roti aje. Baju mandi yang kakak beli saiz M untuk orang dewasa, masa beli tu tak bawa dia. Kakak ingat boleh muat la pasal saiz orang dewasa. Bila balik suruh dia try - ngam2 aje dia pakai. Sayang la pasal dah la mahal baju mandi tu, nanti pakai kejap dah ketat. So esok nak kena pergi SACC Mall kat Shah Alam untuk tukar baju mandi tu. Saiz L la kot baru sesuai untuk dia. Sejak hari tu dia beriya2 nak diet sampaikan Awatif pun terikut sama padahal si Awatif tu kurus keding!!

Malam tadi Awatif beriya2 nak makan chicken chop. Pujukan dia memang mencairkan sampai Mak Teh pun kesian. He..he.. Antara ayat2 dia tadi sepanjang dalam kereta "tahun 2010 nie Awatif tak pernah makan lagi chicken chop" - "dah setahun Awatif tak makan chicken chop" - "Awatif dah terbayang2 rasa chicken chop tu, em!! sedapnya" . Balqish terpaksa cuti diet satu hari kerana kesian kat Awatif yang nak makan sangat2 CC tu. Umi Su pun cuti diet jugak tetapi bukan hari nie aje tetapi sepanjang dok KL nie, bila balik Kemaman nanti Umi Su nak start diet balik he..he..

Balqish nie tak adalah makan nasi banyak sangat tetapi dia suka sangat makan roti. Badan dia tak lah berisi sangat cuma rangka badan dia besar sikit. Ikut family Walid dia. Sekarang memang susah kalau nak beli baju yang sama ngan Awatif. Party Princess & Flower Girls pun dah tak ada saiz dia kecuali tempah. Brand2 lain pun susah nak cari. Tahun depan nak kena cari baju dia kat area baju remaja.

Tak sangka dia dah besar!! besar yang makin besar he..he.. Kalau tahu Umi Su cakap macam nie mulut dia mesti bising.

p/s:- memang anak2 sekarang cepat besar - bukan main sekarang nie, depa dok asyik dengar lagu Mizz Nina sampai boleh hafal lagu tu - dulu2 Umi masa kecil, minat Ramlah Ram aje, lagu2 orang putih nie Umi tak dengar pun!! Awatif sekarang dah pandai bebel kat Umi kalau dalam kereta suka dengar lagu melayu, dia suruh Umi buka lagu English!!

No comments: