Thursday, November 25, 2010

Tudung2 Awatif

Anak dara kecil saya nie memang pandai bergaya. Kalau dulu2, duit untuk membeli perhiasan rambut dia boleh sampai beratus ringgit. Setiap kali pergi Sinma tu memang geram aje tengok pelbagai sepit, cekak & reben. Setiap kali raya bukan baju aje beli baru tetapi perhiasan rambut pun kena baru jugak. Teringat masa dia sekolah tadika dulu, cikgu selalu tegur dia sepit2 & getah2 rambut dia cantik2. Tiap2 hari bertukar. Dia sanggup bangun awal semata2 nak saya dandankan rambut dia. Kalau bangun lambat biasanya ikat satu aje tapi kalau bangun awal macam2 gaya boleh saya buatkan. Masa saya & kakak kecil dulu, macam tu lah Ibu saya buatkan. Macam2 gaya rambut ibu akan buat pada kami - sampaikan ada kawan2 yang ejek akan gaya yang ibu buat. Yang paling tak boleh lupa sampai sekarang ialah ejekan "anjing" - gaya yang jadi ejekan itu ibu ikat rambut dua lepas tu rambut tu ibu lipat kat hujungnya. Rambut kami masa tu panjang. Setiap kali ibu buat gaya rambut tu saya punya nangis la, tak nak tetapi kena paksa jugak. Sekarang nie saya gunakan kuasa penuh saya pada Awatif pulak he..he..Sekarang nie dah jarang beli sepit2 & getah2 rambut macam dulu, setiap kali raya beli yang biasa2 aje. Macam raya tahun ni beli satu aje sepit kat Flower Girls rm29-90, warna putih, senang nak match ngan warna apa pun, tiap2 hari pakai sepit yang sama.

Sejak bersekolah di Sekolah Islam Al Amin, bila berjalan2 di area Pantai Timur nie memang dia akan bertudung. Samada di Kemaman, Kuantan mahupun kat Kerteh. Bila dah bertudung nie kena la beli tudung banyak2. Dia cukup pantang kalau pakai baju pink, tudung caler lain. Kena match baju & tudung. Bukan main demand lagi kan? Tu baru umur 9 tahun.

Kalau jalan2 di KL belum lagi dia nak bertudung. Saya pun rasa masih kecil lagi - nantilah bila dia dah besar sikit baru nak suruh dia bertudung terus tak kira kat mana tempat pun. Sekarang nie kalau keluar rumah kat dalam pagar pun,dia akan pakai tudung tetapi bukan kerana takut dosa tetapi takut kawan. Ada senior dia yang duduk kat tepi rumah nie, bila Awatif keluar tak bertudung, dia akan jerit dari bilik dia "Putri - kenapa tak pakai tudung" (kat sekolah kawan2 dia panggil Putri). Maka berlarilah dia masuk rumah terus pakai tudung.

Mari kita tengok gaya tudung2 Awatif yang ada :-

Jenis tudung ala2 Ekin nie, beli masa mula2 dia pakai tudung bila luar dari sekolah. Kira2 2-3 tahun lepas. Jenis dia banyak caler dia ada. Hitam, purple, hijau, merah, biru, pink & lain2 lagi.




Lepas tudung Ekin tu, dia minat tudung jenis nie pulak. Saya beli online tudung2 jenis nie. Dia pilih aje warna apa yang dia nak. Tudung nie tak banyak caler sangat pasal kejap aje dia suka jenis tudung nie. Lepas beberapa bulan, dia tak nak dah.





Sejak 2-3 bulan nie dia suka sangat tudung jenis nie. Mula2 beli caler oren, tiap2 hari nak pakai tudung tu. Jenuh nak cari baju oren tiap2 harikan? Bulan lepas beli 2 helai, caler coklat & putih. Bulan ni beli 3 lagi. Caler biru, hijau & pink. Mujur tak mahal sangat - rm17 sehelai. Ikutkan dia semua caler dia nak, tapi parah la kalau macam tu. Umi pun tak beli tudung sekali harung. Sebulan sekali beli kira ok la.

Tu baru anak perempuan sorang, kalau 2-3 orang rabak jugak poket Walid he..he..

4 comments:

bidadarindu said...

walid banyak duit x per...

bidadarindu said...

datang kl brape hb?igat nak kirim kopok lagi la..ari tu skali adap je dah abis..

Hafidzin said...

tak banyak mana pun duit Walid tapi dah anak punya pasal kenalah beli jugak..

Kaksayang g KL Jumaat depan - boleh nak kirim. Berapa kilo? Sekilo rm18. Keropok lekor sebatang 50 sen. Aritu Yan kirim keropok lekor rm15, keropok kering sekilo.

bidadarindu said...

kirim kopok lekor jek rm 30..tq...