Thursday, November 25, 2010

susah makan!!




Sejak kebelakangan ini, adik susah betul nak makan. Kalau duduk kat rumah ni, jangan harap la dia nak makan nasi. Dari pagi sampai petang dia boleh bertahan ngan susu sebotol aje. Pastu roti sekeping dua. Bila malam aje, dia "buli" Walid suruh buatkan susu dia, kadang2 sejam sekali.

Bila dia pakai seluar jeans, nampak londeh aje pasal perut leper sangat. Kalau boleh la lemak2 kat badan Umi nie bertukar tuan ngan anak2 Umi, kan senang? Tak payahlah Umi nak susah2 diet.

Kalau di KL selera dia ok pulak. Raya Haji baru2 nie, bukan main dia makan! Laksa tu bermangkuk2 dia makan. Tapi laksa tu memang fav dia pun!! Bila tengok dia berselera makan macam tu takkan lah nak bagi dia makan laksa tiap2 hari pulak kan? 2 minggu sekali masak laksa kira ok lah. Kalau tiap2 hari Umi yang hantu laksa nie pun boleh muntah!!

Masa kat kenduri kambing rumah Maksu Sabtu lepas, banyak kali juga dia makan nasi. Ada Muqri time tu, jadi seronok la makan ada kawan yang temankan. Muqri pun banyak kali juga makan nasi tapi nak nasi putih pasal dah jemu kot ngan nasi beriani ni. Iyalah, tiap2 minggu Abah & Tok Wak dia masak nasi beriani orang tempah - rasanya bau nasi beriani pun dia dah muak kot!!

Gambar2 kat atas ambil semalam kat Pizza Hut. Bukan main selera dia makan Lasagna tu. Suami tanya saya kalau buat Lasagna senang tak? Kalau senang, buat sendiri aje. Saya pun belum lagi cari resepi, kalau senang boleh la buatkan. Kalau anak2 suka makan, susah pun saya sanggup buat!!

Hari ini dah pukul 3.23 petang - dia cuma makan nasi 2 mulut aje. Dari pagi tadi itulah yang dia makan. Kat sekolah pun dia tak makan apa2. Tanya dia nak makan apa, tapi apa2 pun dia tak mahu. Kalau dapat tukar ngan Umi kan senang? Umi nie yang tak berhenti makan!! Asyik lapar aje he..he..

p/s:- semalam pergi makan Pizza pasal nak pujuk Awatif - dari pagi semalam angin dia tak baik pasal dok teringat bestnya Balqish & Fiqah duduk sama2 - makan sama2, tidur sama2, mandi sama2, tengok tv sama2, sedangkan dia semua buat sorang2. Hujan airmata la semalam dari pagi!! Pagi tadi pun dia nangis lagi. Teringat time dulu2 baru kawin & pindah sini - sama keadaan Umi ngan Awatif. Tiap2 hari nangis teringat betapa bestnya kalau dapat duduk KL - ramai sedara. Betul la Walid cakap - Awatif sebijik ikut perangai Umi he...he...

1 comment:

bidadarindu said...

jawapan dia tetap gak sama...sunat kan ajek...baru selera makan tu datang...masa tu nnt risau sbb tgk makan banyak sangat la pulak....he he he...