Wednesday, November 10, 2010

robin ajar

Masa hantar Kek Lapis kat rumah Mi tadi, Mi tak ada, yang ada cuma anak dia yang sebaya ngan adik. Tinggal sorang2 kat rumah, Mi keluar pergi kedai. Bila tengok anak Mi duduk sorang2 kat rumah, adik pun nak jugak.

Adik : nanti Umi ambil kakak sekolah, adik tak nak ikut, adik nak duduk umah sorang2.
Umi : adik tak takut ke?
Adik : tak!
Umi : tak nak lah Umi, takut Umi nanti ada orang jahat ambil adik. Kalau orang jahat culik adik macamana? Kesian la kat Umi, nanti Umi nangis2 rindu kat adik.
Adik : tak apa Umi, Robin dah ajar adik silat & kongfu. Adik dah pandai dah, adik tak takut pun ngan orang jahat
Umi : he..he..
Kelakar betul masa dia cakap "Robin dah ajar adik silat & kongfu" - selamba aje dia cakap. Memang Robin tu sifu & idola dia!! he..he.. Tu tak termasuk lagi ngan si Muqri tu. Bila berjumpa, cukuplah 3 orang Panglima kat rumah. Riuh rendah!!!

p/s:- selalunya adik yang jadi mangsa pasal adik nie "lembik" sikit he..he.. Yang 2 orang "M" tu Muqorrabin & Muqri memang kuat!!

2 comments:

bidadarindu said...

dah sunat nnt x la lembik dah...he he he...

p/s: jangan biasakan diri tinggal anak sengsorang kat umah,bukan takut org jahat ajer,takut kot2 umah tebakar ker,x reti nak bukak grill, jatuh kat bilik air ker,pintu berkunci,sesak nafas ke...

bidadarindu dah ambik iktibar dari pengalaman - nak jadi aper pun jadi la,tapi biar depan mata kita sendiri...sebab tu danish x lepas gi beijing...

Hafidzin said...

mmg x akan tinggalkan dia sorang2. G umah sebelah kejap pun angkut dia sekali!!