Saturday, November 27, 2010

pancake + facial + kek tak jadi

Bila dah cuti, awal pulak si adik tu bangun. Pukul 7 dia dah bangun - pastu dok merengek lapar. Umi pun masuk dapur tengok apa2 yang boleh di makan. Tanya dia roti nak tak, dia tak nak. Umi buat pancake nak tak? Dia kata nak, so Umi pun buat lah, sikit aje buat bancuhan tepung tu, boleh la dapat 5-6 keping. Time tu si kakak belum bangun.

Bila dah siap semua baru kakak bangun. Tengok ada pancake terus menjerit suka. Dah lama dah dia suruh Umi buat. Beriya2 dia menjerit suka tu tapi makan sekeping aje. Si adik tu pulak yang tadi dok merengek lapar sangat tapi pancake tu sikit pun dia tak sentuh. Yang geramnya tu boleh pulak dia kata "adik lapar nak makan nasi bukannya pancake". Kenapa dari tadi tak cakap nak makan nasi?? Kelam kabut la Umi masak nasi lepas tu pasal memang akhir2 nie dia susah nak makan nasi. Kalau dia minta tu mungkin dia lapar sangat!!




Time kakak makan nie, adik tengah main askar tembak2 sorang2 kat ruang tamu tu. Bila dah ubah perabot jadi macam tu, banyak ruang kosong yang boleh dia main2, lari2 & nyorok2. Bila nak snap gambar dia tengah main tu, terus dia lari masuk bilik kunci pintu.

Lepas dah selesai masak (masak simple2 aje - sup suun pucuk ngan ayam goreng), saya ngemas rumah jap. Pastu siap2 nak pergi buat facial. Angkut sekali la anak2. Dalam kereta pesan siap2 jangan buat perangai masa Umi tengah buat facial. Sapa yang tak buat perangai macam2, Umi upah aiskrim. Time tu pukul 1 tengahari. Dari rumah bagi anak2 makan kenyang2 supaya nanti tak lah dok merengek lapar. Adik makan nasi bertambah, kesian! Memang lapar sangat kot sampai pagi2 dah minta nasi. Kalau tak jangan harap la! Masa sampai kat tempat facial tu dah agak dia mesti ngantuk pasal mood dia dah lain. Tak sampai 10 minit tu terus dia tidur. May dah siapkan katil untuk anak2 tidur kat sebelah saya. Memang pandai ambil hati pelanggan!!



Petang tu teringin nak makan Kek Pandan tapi yang ada cheese. So buat la Pandan Cheese Slice Cake. Masa nak buat tu suami cakap tak payah la buat pasal nanti penat. Dah la lenguh badan semalam mengubah perabot tak habis lagi. Tapi degil nak buat jugak - last2 kek tu tak jadi. Puncanya?? Tak dengar cakap suami kot!! he..he.. Kat atas kek tu ok tapi kat bawah dah jadi bengkang. So moral of the story, kalau nak buat kek nak kena minta izin dari suami dulu ke atau dah memang tak pandai nak buat, tak payah la nak bagi alasan?? He..he..

p/s:- Bila baca blog Ana Suzana (Cahaya Cintaku) yang dia bercuti di Penang, rasa semangat nak bercuti pun berkobar2 - terus packing baju siap2 petang tadi - 2 beg, satu beg untuk ke KL Jumaat depan, satu lagi untuk ke Melaka. Teringin nak join contest dia tu tapi tak reti nak copy & paste banner tu. Try banyak kali tapi still tak boleh. Minta tolong pakar dari Subang Bistari pun tak boleh jugak!! Tak apalah, lain kali boleh join kalau Ana buat lagi..

No comments: