Sunday, November 7, 2010

Pai Labu & Carrot Cake

Geram sungguh kenapa tak boleh nak upload gambar dari hp. Dari semalam tak boleh. Kenapa iya2 sangat saya geram nie? Pasal saya tak boleh nak tunjukkan Pai Labu & Carrot Cake saya!! Dengan rajinnya saya telah membuat Pai Labu & Carrot Cake petang tadi. Sendiri perasan rajin sangat he..he..

Pai Labu - Labu memang fav saya. Selalunya saya buat pengat. Dah lama teringin nak buat Pai Labu tapi tak terbuat2 sampai la ke hari ini. Alhamdulilah, walaupun rupa kurang menawan tetapi rasanya boleh tahan la jugak he..he... Suami siap pesan suruh buat Pai Apple hujung minggu nie.

Carrot Cake - masa saya taip n3 nie, baru aje keluarkan dari oven. Tak tahu rasanya macamana lagi. Dah serik nak keluarkan panas2, nanti jadi macam kek pisang haritu pulak. Jadi saya tunggu sejuk dulu baru nak keluarkan & hiaskan ngan creamcheese frosting. Ini kali ke 2 saya try buat carrot cake, first time buat tahun lepas. Kek tu terpaksa dibuang ke dalam tong sampah pasal jadi keras. Puncanya - entahlah!! Tapi kali ni, rasanya jadi kot!! he..he..Bila dah potong kek tu nanti saya tayangkan gambar kat sini ya - itupun kalau dapat upload gambar. Nak suruh suami tengok2kan, dia dah tidur. Siang tadi lupa nak remindkan dia suruh tengok apa yang tak kena.

Banyak cerita & gambar nak share kat sini tetapi bila tak boleh nak upload gambar, rasa tak best pulak. Bila cerita di sertakan ngan gambar baru la puas kan?? Nanti bila masalah upload dah selesai, kita sambung balik ya!!

p/s :- esok Awatif request nak biskut Cornflakes macam Mak Jang dia buat raya lepas - sepatutnya nak buat malam tadi tapi bekas cawan2 kecil tu tak ada - esok dia tak mahu pergi sekolah semata-mata nak tolong Umi buat biskut ni - Umi pun tak kisah Awatif tak pergi sekolah pasal exam dah habis, bukan belajar dah pun!

No comments: