Monday, November 22, 2010

minit mesyuarat

MINIT MESYUARAT

HAJAH SAODAH FAMILY DAY

KE MELAKA PADA 21HB - 23HB DISEMBER 2010
___________________________________________
Tarikh : 18hb November 2010 (Khamis)
Tempat : Rumah Mak Su
Yang Hadir :
Saiful
Hairunisha
Puan Aniza
Encik Yusof
Hadzimin
Hafidzin
Encik Rosli
Encik Azlan


Antara hal2 yang di bincangkan :-

1) Jadual aktiviti pada hari2 tersebut
  • Hari Pertama (Selasa - 21hb Desember 2010)
  • Semua berkumpul di R&R Seremban pada pukul 10 pagi. (TEMA WARNA - HIJAU)
  • Pukul 12 tengahari lunch Asam Pedas di Melaka
  • Check in di A Famosa Resort pukul 2 petang
  • Pukul 3 petang ACARA WAJIB, bergambar
  • Selepas bergambar, acara Sukaneka
  • Pukul 7 makan malam
  • Pukul 8 malam, masuk Cowboy Town (bayaran sendiri) (TEMA WARNA - PINK)
  • Hari Ke Dua (Rabu - 22hb Disember 2010)
  • Sarapan (disediakan oleh Jawatankuasa Makanan)
  • Acara wajib bergambar
  • Masuk ke Safari Park - bayaran sendiri (TEMA WARNA - BIRU yang di tempah)
  • Makan tengahari (disediakan oleh Jawatankuasa Makanan)
  • Tengahari rehat2 di banglo masing2
  • Pukul 5 petang bertolak ke Melaka untuk makan ikan bakar (TEMA WARNA - HITAM)
  • acara wajib bergambar
  • Pukul 8 malam makan ikan bakar di Umbai
  • Hari Ke Tiga (Khamis - 23hb Disember 2010)
  • Sarapan (disediakan oleh Jawatankuasa Makanan)
  • Anak2 mandi kolam
  • Pukul 10pagi Penyampaian Hadiah
  • Pukul 12 tengahari check out (TEMA WARNA - PUTIH)
  • Acara wajib bergambar
  • Bersiar2 di Melaka (optional - sapa2 yang tak nak ikut boleh balik terus)

2) Perlantikan Ahli Jawatankuasa

AJK Persiapan Majlis, Kewangan & Penginapan

Saiful
Hafidzin
Hadzimin
Hairunisha

AJK Makanan & Minuman


Haji Hamzah
Puan Roseni
Hajah Rosnah
Puan Ramlah
Puan Rositah
Puan Aniza

AJK Sukaneka

Aqilah
Farah
Fatin
Faiz
Ain
Nadia
Najwa
Wani
Mira
Bazli
Zakuan
Amir


AJK Keselamatan


Encik Rosli
Encik Azlan
Encik Zulkifli
AJK Pengangkutan
Encik Yusof
Encik Shaharudin

AJK Perubatan & Kebajikan


MakCik Ina
Najwa


AJK Keselamatan Jalanraya & Lalu Lintas Kenderaan

Encik Abdul Halim
Faiz


AJK Hadiah

Hafidzin
Hadzimin
Hairunisha
Atiqah
Aqilah
Hanani

AJK Penyambut Tetamu

Hanani
Afiqah
Balqish
Awatif

AJK Pakaian

Saiful
Hairunisha


AJK Morning Call

Mak
kalau Mak tak sihat boleh gantikan dengan Mak Su he..he..


Memohon sesiapa yang dilantik memberikan kerjasama yang baik demi memastikan family day kita ini berjalan dengan lancar.

3) Bincang pasal duit tabung


Mungkin ada penambahan sebanyak rm50. Akan di maklumkan kemudian. Ada 2-3 family yang bayar rm100 sahaja. Harap baki sebanyak rm500 dapat dijelaskan sebelum hujung bulan ini.

Itu sahaja buat masa ini. Satu mesyuarat pengesahan akan di adakan lagi 2 minggu. Harap ahli2 family yang lain dapat sertai mesyuarat itu. Tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.


p/s:- harap maklum - lama tak buat minit mesyuarat - terimalah seadanya ini he..he..

p/s :- Awatif request nak buat persembahan tarian/nyanyian. Macamana? Diluluskan ke tak?

8 comments:

bidadarindu said...

awatif punya request,diluluskan - tapi kena cari masa untuk masukkan slot..

en azlan ajk keselamatan? selamat ker? he he he..

macam x nampak nama pn aniza kat dlm ajk..setakat ajk morning call baik x payah...he he..

ajk makanan kena masukkan nama remaja2 lelaki skali..dorang tu pun yang nak tolong bawak pegi beli makanan pun..nama yang dok ada ni,fikirkan menu jek,kecuali pn ramlah n pn rositah - (dorang kena keluar cari breakfast pepagi)...he he..

Hafidzin said...

Awatif tak sabar nak tunjukkan dance baru yang dia ngan Balqish & Afiqah reka masa cuti baru2 nie.

Dah masukkan Puan Aniza dalam AJK Makanan.

Nanti buat meeting lagi sekali, baru decide nak masukkan remaja lelaki yang mana satu. Pasal semuanya "rajin" jadi kenalah bagitahu depan2. Kalau setakat dalam kertas aje depa bukan heran pun!!

Nur Afiqah :D said...

Kak Sayang! Habaq kat Awatif, ktiorang reka tu mainmain je, sukasuka je. Bukan nye sampai nak perform. HAHAHHAHA, balqish dan fiqah BANTAH! cewah,

Fiqah taknak lah dance tu, lawak laa. malu.

Hafidzin said...

nak malu apa - bukannya tak ada hidung!! Awatif bukan main excited nak perform!!

sapa yang paling sporting boleh dapat hadiah!!

ain_pinkz said...

fuh,nsib baik ajk sukaneka jek..hehehe..
tp conform ada tugas lain lg ni..hehe..=)

bidadarindu : a'a, selamat ker?? hik3

ain_pinkz said...

fuh, nasib baik jadi ajk sukaneka je..hehe..
tapi mesti ada tugas lain lagi nie..=p

bidadarindu: a'a,selamatkah?? hoho

Hafidzin said...

Ain - kena fikirkan dari skrg games apa yang nak main, kena libatkan semua orang - games anak beranak, games pasangan suami isteri, games budak2, games remaja2 & fikirlah sendiri!!!

Kami yang nak kena beli hadiah nie kena tahu awal games apa nak buat & untuk sapa.

Dah fikir2 nanti bagitahu lah - masukkan dalam blog ain pun tak apa, senang sikit nak tahu!!

Nur Afiqah :D said...

Ha kak sayang, fiqah tak sporting hahaha. Balqish nak pi perform skali dgn Awatif. Fiqah tak pergi perform hihihi.