Thursday, November 11, 2010

Marble Cheese Brownies & Cheese Slice Cake

Semalam pukul 4 pagi baru saya tidur. Bila nak bangun Subuh tu, mata tak boleh nak buka. Mujur Awatif tak nak pergi sekolah, jadi boleh la Umi bangun lewat sikit. Pukul 8 pagi kejut adik, bila dia buka mata & tengok kakak tengah sedap tidur, terus la dia mengamuk tak nak pergi sekolah jugak. Mula2 tu pujuk lembut2 tetapi dia terus ngamuk sambil tendang2 - apalagi Umi pun bersilat sama la. Bila dia dah jadi macam tu memang tak boleh nak pujuk dah.

Jadi anak2 tak pergi sekolah la hari ini. Umi pun tak boleh nak pergi Usrah pagi tadi - ajak anak2 pergi depa tak mahu. Penat2 semalam Umi buat Marble Cheese Brownies & Cheese Slice Cake untuk bawa pergi Usrah. Walaupun kurang menjadi tapi sekurangnya boleh la jugak.

Pukul 11 lebih cal Mi tanya Usrah dah habis ke belum, dia kata dah tapi belum start makan2 lagi so saya pergi hantar kek & brownies tu kejap sebelum keluar beli lauk & bahan2 nak buat kek lapis blueberry cheese. Permintaan Awatif dari semalam lagi.

Bila sampai rumah baru sedar telur & butter dah habis. Nak keluar balik malas dah - hujan lebat pulak tu - jadi kena tunggu suami balik beli la.

Awatif dok panggil saya tu nak start buat dah - dia memang rajin - penolong kanan Umi tu!! Tak sabar nak tunggu dia besar sikit, bila dah boleh harap sapu sampah ke, mop lantai ke, kemas rumah ke he..he.. Rehat panjang la Umi kalau macam tu kan??

p/s:- Housewife kat Sg Merap pun dah bersemangat nak buat kek nie - dengarnya semalam buat apam pisang & talam apa ntah!! jadi ke nak beli oven malam nie??

3 comments:

Kazrina said...

Ina mmg betul2 kagum dgn Fizin ni. Ina kalau nak buat sebiji kek pun fikir byk kali, hehe, sebab utamanya ialah malas dan belum beli oven yg baru lg.

bidadarindu said...

semangat kena simpan kejap,ada org order katering plak mlm td..x jadi pegi beli oven lagi,

kek apam pisang ngan talam tokyo tu mmg jadik betul...nak makan tu boleh la...nak meniaga belum lagi kot...x menang tangan...

Hafidzin said...

Ina - sekarang nie fizin cukup suka buat kek - dah jadi hobby pulak! tapi setakat boleh makan anak beranak aje la pasal x pandai sangat pun! saja nak cuba2 buat.

Bidadarindu - jangan simpan lama2 semangat tu nanti terus hilang pulak he..he..Bila semangat berkobar2 tu yg kena cepat2 beli..

teringin nak rasa talam tokyo tu..makan talam tu terus teringat kat Tokyo ke he..he..??