Friday, November 12, 2010

LOLAQ!!

Sejak ada hobby baru nie - baked - tangan saya penuh ngan luka2 & melecur kesan dari kena oven. Tapi semalam yang paling teruk. Masa nak prepare bahan2 untuk buat Kek Lapis Blueberry Cheese - time nak buka tin susu tu tangan terluka kena penutup - hampir 15 minit darah non stop. Masa tu pulak tengah nak "pukul" bahan2 - darah menitik2 - minta tolong Awatif buatkan tetapi dalam pada tu nak kena masukkan horlicks - masa nak masukkan horlicks tu Awatif kata nampak darah Umi menitik2 dalam adunan tu. Nak buang tempat yang kena darah tu dah tak boleh pasal Awatif dah campurkan semua. Tanya dia banyak ke darah Umi termasuk, dia kata tak, dalam setitik macam tu aje. Tak apalah Awatif, nak buang semua sayang la pulak, bukan murah bahan2 nak buat kek tu pasal ada cream cheese la, blueberry filling, butter pulak 2 buku ngan telur 10 biji. Doa aje la kita tak jadi Raja Bersiong lepas makan kek tu he..he..

Selalunya kalau lepas masak semua kek2 tu saya akan kemas dapur bersih2 tetapi semalam biar aje dapur bersepah. Pasal tangan rasa pedih sangat tambah2 kalau kena air. Memang tak berbasuh semua perkakas buat kek semalam tu. Pagi ni pun rasa tangan pedih lagi. Nak kata luka tu dalam sangat, tak jugak tetapi pagi ni jari yang kena luka tu macam bengkak sikit. Nak taip n3 ni pun susah pasal tak boleh guna jari hantu nie.

Punca semua nie ialah kerana saya seorang yang lolaq he..he.. Memang pun, saya mengaku. Semalam suami punya bebel la, kenapa tak panggil dia masa nak buka tin susu tu, Alah!! bukan tak pernah pun saya buka tin susu. Selalu tapi dah nak kena kan?? Lepas nie kena nekad - lebih berhati2. Cuba nak kurangkan kelolaqkan saya nie he..he..

Hujung minggu nie saya akan sibuk nak buatkan kek2 untuk di bawa ke KL hari Selasa depan. Antaranya kek buah 2 biji, pineapple updown cake sebiji, blueberry cheese tart & kek lapis oreo. Mesti akan penat kan tetapi tak apa, saya ada pembantu yang setia. Siapa lagi kalau bukan anak dara kecil saya tu!! Awatif la. Memang sangat rajin dia menolong Umi..

Kek Lapis Blueberry Cheese semalam tu Alhamdulilah jadi la jugak walaupun terdapat kesilapan teknikal sikit. Resepi tu saya ambil dari blog Bro Rozzan. Jenuh jugak nak menunggu kek tu masak semalam pasal kena masak selapis selapis. Hampir 2 jam jugak la menunggu. Awatif yang nak sangat Umi buat kek nie. Tapi dia tak tunggu sampai habis pasal dia mengantuk sangat. Iyalah dah pukul 12 dah time tu.

Bila la boleh nak upload gambarkan? Cerita tanpa gambar nie rasa tak puas je!!

1 comment:

bidadarindu said...

nak datang kl nnt kirim beli keropok yek..basah ngan kering...tetiba teringin makan keropok...agak2 la beli...x tahu nak budget cam mana kira...